≡ Menu




Jawatan Juruaudit Gred W41 SPA8i

Juruaudit Gred W41 - GovernmentBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi jawatan juruaudit gred w41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

• Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
• Kem/Jab: Jabatan Audit Negara

GAJI
RM2,094.00 (MINIMUM) – RM9,585.00 (MAXIMUM)
[KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN – RM225.00]

SYARAT LANTIKAN

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. – [Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,300.73]; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. – [Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63]; atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. – [Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63]; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. – [Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,923.41]; atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. – [Gaji permulaan ialah pada Gred W41:RM3,027.19]

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3) Penolong Juruaudit adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruaudit Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

Dan juga mesti memiliki kelayakkan seperti berikut:

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  • Lulus Peperiksaan Khas; dan
  • Had umur pelantikan:
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS

Deskripsi tugas bagi jawatan ini adalah untuk mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment