≡ Menu




Jawatan Juruaudio Visual Gred N17 SPA8i

Juruaudio Visual Gred N19Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Juruaudio Visual Gred N17 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,352.00 RM4,003.00 RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang perekabentuk multimedia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta memiliki lesen memandu kelas D;
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)

Syarat Lesen

  • Memiliki lesen memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab mengendalikan pemasangan alat audio visual, memberi khidmat kemudahan alat siaraya dan peralatan audio visual kepada Pegawai Pengembangan
  • Menjalankan kerja post production dan salinan koleksi bahan media, menjalankan kerja penyediaan bahan pameran dan menyelenggara peralatan alat audio visual.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment