≡ Menu




Jawatan Juru X-Ray Gred U29 U32 U36 U41 SPA8i

Juru X-Ray Gred U29, U32, U36, U41 - GovernmentBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi jawatan juru x-ray gred u29 u32 u36 u41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Gred: U29, U32, U36, U41
  • Kumpulan:Pelaksana / Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
    GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    U29 RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
    U32 RM2,331.00 RM6,394.00 RM155.00
    U36 RM3,590.00 RM7,605.00 RM180.00
    U41 RM2,429.00 RM9,656.00 RM225.00

SYARAT KELAYAKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

LANTIKAN KE GRED U29

  • Diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

LANTIKAN KE GRED U41

  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengimejan diagnostik dan radioterapi, pengimejan perubatan, radiografi, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf olah Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas:
Juru X-Ray Gred U29
1. Tanggungjawab klinikal
2. Aspek pengurusan organisasi
3. Perlindungan sinaran terhadap pesakit, orang awam dan staf.
4. Memastikan kualiti selaras dengan garis panduan MS ISO 9002.
5. Pendidikan dan latihan
6. Teknologi terkini :
a) Pengimejan diagnostik dengan menggunakan sinaran mengion/tidak mengion, medan magnet, ultrabunyi dan denyutan elektronik (digital).
b) Rawatan dengan penggunaan sinaran mengion.

Deskripsi Tugas:
Juru X-Ray Gred U41
1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
i. Menyemak dan meneliti permohonan pemeriksaan radiografi dan menentukan projeksi.
ii. Memberi penerangan yang jelas kepada pesakit tentang pemeriksaan dan persediaan yang diperlukan mengikut arahan yang ditetapkan.
2. Fungsi Penjagaan Peralatan dan Kawalan Mutu
i. Menggunakan pengetahuan elektronik basik dan fizik dalam tugas radiografi seperti membuat trouble-shooting jika perlu sebelum melaporkan kerosakan.
ii. Menjalankan ujian peralatan mengikut jadual yang ditetapkan.
3. Fungsi Pengurusan
i. Memantau dan memastikan pengekalan mutu perkhidmatan radiologi yang tinggi.
4. Latihan dan Penyelidikan
i. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih Juru X-Ray semasa penempatan klinikal.
ii. Menyelaras aktiviti penyelidikan yang dikenalpasti dengan menyediakan bahan literature review dan menyediakan metodologi penyelidikan dan informasi berkaitan teknik penyelidikan.
5. Tugas-Tugas Sokongan
i. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan ketua jabatan dan pegawai atasan.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment