≡ Menu




Jawatan Kosong Guru Kementerian Pendidikan DG41 7 Ogos 2016

Jawatan kosong guru interim vokasional kementerian pendidikan malaysia. Calon-calon siswazah yang berkaitan serta warganegara Malaysia dipelawa untuk memohon jawatan sebagai guru tersebut, borang permohonan boleh dilakukan seperti di bawah.guru kpm

Gaji Permulaan adalah : RM 2222.94: Jadual Gaji Minimum-Maksimum Gred DG41

Tarikh Tutup 07 Ogos 2016

Berikut adalah kekosongan jawatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tersebut melalui iklannya:

JAWATAN
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41 – 500 JAWATAN
Pecahan Bidang Yang Ditawarkan:

  • Elektrik
  • Elektronik
  • Kimpalan
  • Automotif
  • Pemesinan Industri
  • Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
  • Pembinaan
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam
  • Pelancongan

Syarat Kelayakkan Untuk Memohon

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
  • lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional Universiti Awam (UA) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ke atas; atau
  • lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki SKM Tahap 3 ke atas; atau
  • lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional IPTS yang ada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi tidak memiliki SKM; atau
  • lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional UA/IPTS yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan dan tidak memiliki SKM.
  • Keutamaan adalah kepada calon yang mempunyai SKM dan pengalaman bekerja di industri dalam bidang berkaitan.
  • Pemohon yang memiliki ijazah daripada institusi luar negara atau IPTS tempatan perlu memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan merujuk kepada laman web KPT di alamat http://app.mohe.gov.my/iktiraf/.
  • Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.

Cara-Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah melalui laman sesawang jobsmalaysia.gov.my
  • Sila ke laman sesawang JobsMalaysia
  • Sila pergi ke atas bar Carian Segera dan pilih Cari Majikan dan taip Kementerian Pendidikan Malaysia dan tekan searchcarian segera
  • Dan pilih BPTV KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAbptv kpm
  • Dan setelah masuk sila klik mohon bagi yang telah mendaftar dengan jobsmalaysia.
  • Bagi yang belum mendaftar slik KLIK SINI untuk ketahui cara mendaftar jobsmalaysia.

KPM_JULAI2016
Borang Mohon Guru KPM

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment