≡ Menu

Jawatan Bintara Muda Maritim Gred T5 SPA8i

Bintara Muda Maritim Gred T5

Jawatan Bintara Muda Maritim Gred T5 , bagi jawatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info gaji, deskripsi skop kerja dan syarat untuk jawatan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016. Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

  • Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1,824.00 RM5,801.00 RM 150.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Fizikal

Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa sepatu
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
  • Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

KELAYAKAN LANTIKAN KE PANGKAT BINTARA MUDA MARITIM

  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred T5 : RM1,930.18)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan
  • Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat
  • Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan
  • Memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar
  • Melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan
  • Mencari dan menyelamat
  • Mengawal dan mencegah pencemaran maritim
  • Pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik
  • Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment