≡ Menu




Jawatan Bentara Parlimen Gred N11 SPA8i

Bentara Parlimen Gred N11Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Bentara Parlimen Gred N11 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
    Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
    Gaji Tahunan
    RM1, 216.00 RM2, 983.00 RM80.00

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada ahli Parlimen semasa dewan bersidang, mengedar surat, risalah dan nota.
  • Memantau keselamatan dan disiplin ahli Parlimen dan pelawat-pelawat dalam dewan.
  • Membantu mengatur buku-buku/risalah-risalah dan Aturan Urusan Mesyuarat (Order Paper) sebelum persidangan dewan bermula.
  • Bentara Parlimen turut membantu mengendalikan persidangan-persidangan antarabangsa serta mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dewan
  • Menjalankan tugas-tugas menyambut tetamu yang datang ke Parlimen Malaysia terdiri daripada tetamu kerajaan, para pembesar negara asing, delegasi luar dan dalam negara, badan-badan bukan kerajaan (NGO), para pelajar dan orang awam

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment