≡ Menu




Jawatan Arkitek Gred J41 SPA8i

Arkitek Gred J41 - GovernmentBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi jawatan arkitek gred j41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

GAJI
RM2, 529.00 (MINIMUM) –  RM9, 643. 00 (MAKSIMUM)
[KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN – RM225. 00]

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut

a) warganegara Malaysia

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK :

i. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. – [Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,736.28]

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Seni Bina adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)

ii. lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

b) had umur pelantikan:

i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS

  • Deskripsi tugas untuk jawatan ini adalah merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project’s brief)
  • Melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications)

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment