≡ Menu




Jawatan Arkitek Landskap Gred J41 SPA8i

Arkitek Landskap Gred J41 - GovernmentBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi jawatan arkitek landskap gred j41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

• Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
• Kem/Jab: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Jabatan Landskap Negara

GAJI
RM2,529.00 (MINIMUM) – RM9,643.00 (MAKSIMUM)
[KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN – RM225.00

SYARAT LANTIKAN 

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya. – [Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00]

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Arkitek Landskap adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Arkitek landskap Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)

b) Had umur pelantikan:

i. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS

  • Deskripsi tugas untuk jawatan ini adalah bertanggungjawab melaksanakan reka bentuk kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan, pengawasan projek, mereka bentuk pelan pembangunan, taman awam, lanskap
  • Memberi ‘input’ kepada rancangan pelan pembangunan struktur, kertas-kertas mengenai garis panduan dan perancangan serta projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment