≡ Menu




Jawatan Arits Budaya SPA8i

Artis Budaya

Jawatan Arits Budaya , semua info bagi kelayakan bakat perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info elaun, deskripsi kerja dan syarat untuk memasuki latihan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016.

Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

PENGUMUMAN PENTING YANG SEMUA PERLU AMBIL BERAT TERUTAMANYA SEMUA PENJAWAT AWAM :

  • Gred: B19, B21, B25, B29/B30, B31, B37, B39, B41, B51, B53
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
B19 RM1,360.00 RM4,032.00 RM100.00
B21 RM2,047.00 RM4,747.00 RM115.00
B25 RM2,597.00 RM5,289.00 RM125.00
B27 RM2,726.00 RM5,564.00 RM130.00
B29/B30 RM1,499.00 RM5,679.00 RM145.00
B31 RM2,851.00 RM6,263.00 RM155.00
B37 RM3,565.00 RM7,588.00 RM180.00
B39 RM4,993.00 RM8,979.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN 

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B19

  • Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B29

mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00)

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau

Diploma dalam bidang seni lakon, seni persembahan, seni tari, seni kreatif, seni drama atau seni teater yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN ARTIS BUDAYA GRED B21 ATAU B25

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Artis Budaya Gred B21 atau B25 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan
  • Memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B21: RM2,047.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B25: RM2,597.00)

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN ARTIS BUDAYA GRED B31, B37 ATAU B39

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Artis Budaya Gred B31, B37 atau B39 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan
  • Memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B31: RM2,851.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B37: RM3,565.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B39: RM4,993.00

SYARAT UJIAN KHAS

Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang kebudayaan sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menjalani latihan dan membuat persembahan-persembahan kesenian (tarian dan lakonan) di dalam dan di luar negeri

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment