≡ Menu




Jawatan Akauntan Gred WA41 SPA8i

Akauntan Gred WA41 - GovernmentBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi jawatan akauntan gred wa41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

• Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
• Kem/Jab: Jabatan Akauntan Negara

GRED GAJI
WA41  RM2,820.00 (MINIMUM) – RM9,585.00 (MAKSIMUM)
[KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM225.00]
WA47 RM5,161.00 (MINIMUM) –  RM11,690.00 (MAKSIMUM)
[KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNUN RM270.00]
WA51  RM5,795.00 (MINIMUM) – RM12,370.00 (MAKSIMUM)
[KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM290.00]
WA53 – RM6,122.00 (MINIMUM) –  RM13,180.00 (MAKSIMUM)
[KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM320.00]

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK :

  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya – [Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00)]
  • lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan – [Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00]
  • lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA) – [Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00]

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan .

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN AKAUNTAN GRED WA47,WA51 ATAU WA53

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Akauntan Gred WA47, WA51 atau WA53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a), 14(b),1(c) dan 2
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan dan Ahli MIA
  • Ahli MIA
  • memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan
  • memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan

• Gaji permulaan ialah pada Gred WA47 : RM5,161.00
• Gaji permulaan ialah pada Gred WA51 : RM5,795.00
• Gaji permulaan ialah pada Gred WA53 : RM6,122.00

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Akauntan Gred WA41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

b) had umur pelantikan:

i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS

  • Deskripsi tugas untuk jawatan ini adalah mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan
  • Melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment