≡ Menu




Jawatan Ahli Muzik SPA8i

Ahli Muzik

Jawatan Ahli Muzik , semua info bagi kelayakan bakat perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info elaun, deskripsi kerja dan syarat untuk memasuki latihan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016.

Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

PENGUMUMAN PENTING YANG SEMUA PERLU AMBIL BERAT TERUTAMANYA SEMUA PENJAWAT AWAM :

  • Gred: B19, B21, B25, B29, B31, B37, B41, B43, B47, B51 , B53
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional, Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
B19 RM1,360.00 RM4,032.00 RM100.00
B21 RM2,047.00 RM4,747.00 RM115.00
B25 RM2,597.00 RM5,289.00 RM125.00
B27 RM2,726.00 RM5,564.00 RM130.00
B29 RM1,499.00 RM5,679.00 RM145.00
B31 RM2,851.00 RM6,263.00 RM155.00
B37 RM3,565.00 RM7,588.00 RM180.00
B39 RM4,993.00 RM8,979.00 RM225.00
B41 RM2,095.00 RM9,87.00 RM225.00
B43 RM3,600.00 RM10,456.00 RM250.00
B47 RM5,162.00 RM11,692.00 RM270.00
B51 RM5,797.00 RM12,372.00 RM290.00
B53 RM6,124.00 RM13,182.00 RM320.00

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B19

  • Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B29

  • Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00)
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00)
  • Diploma dalam bidang seni muzik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B41

  • Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional.(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,095.00)
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang seni muzik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN AHLI MUZIK GRED B21 ATAU B25  Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Ahli Muzik Gred B21 atau B25 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan
  • Memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B21: RM2,047.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B25: RM2,597.00

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN AHLI MUZIK GRED B31 ATAU B37

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Ahli Muzik Gred B31 atau B37 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan
  • Memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B31: RM2,851.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B37: RM3,565.00

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN AHLI MUZIK GRED B43, B47, B51 ATAU B53

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Ahli Muzik Gred B43, B47, B51 atau B53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan
  • Memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B43: RM3,600.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B47: RM5,162.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B51: RM5,797.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred B53: RM6,124.00

SYARAT UJIAN KHAS

  • Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat
  • Kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu atau lebih alat muzik moden atau tradisional sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

DESKRIPSI TUGAS

  • Bertanggungjawab kepada Pengarah Muzik RTM untuk menggubah lagu
  • Menyemak skor-skor muzik
  • Memimpin dan menjaga tatatertib anggota Kombo RTM
  • Bermain alat-alat muzik
  • Membantu pemimpin orkestra dalam pentadbiran

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment