≡ Menu

Kalendar Takwim Cuti Sekolah Tahun 2017 Semua Negeri Malaysia

Sebelum ini Government.my pernah kongsikan mengenai cuti umum Kalendar Tahun 2016. Kali ini artikel tentang Takwim Kalendar Malaysia Cuti Sekolah 2017.

kalendar 2017

Perkara yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar untuk mengetahui masa cuti sekolah sepanjang tahun 2017. Dengan adanya jadual ini, memudahkan pelajar untuk mengadakan aktiviti atau mengajak ibu bapa mereka bercuti.

Berikut dikongsikan kepada anda takwim kalendar cuti sekolah bagi tahun 2017. Ini merupakan takwim rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Para ibu bapa boleh gunakan kalendar ini untuk merancang segala percutian dan juga aktiviti yang melibatkan pelajar dan murid sekolah.

Takwim Jadual Cuti Sekolah 2017 Malaysia

Berikut takwim cuti sekolah berbeza mengikut sekolah negeri. Ianya dibahagikan mengikut kumpulan A dan kumpulan B.

Kumpulan A:  Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu

cuti sekolah 2017

Daripada takwim ini, berikut adalah ringkasan cuti sekolah:

cuti sekolah 2017

  • Cuti Pertengahan Penggal 1 : 17/03/2016 – 25/03/2017
  • Cuti pertengahan tahun: 26//05/2017 – 10/06/2017
  • Cuti pertengahan penggal 2: 25/08/2017 – 02/09/2017
  • Cuti akhir tahun : 24/11/2017-31/12/2017

Kumpulan B: Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Sarawak, Labuan, Kuala Lumpur, Putrajaya

PENGGAL PERSEKOLAHAN 2017_Page_2

PENGGAL PERSEKOLAHAN 2017_Page_2

Daripada takwim ini, berikut adalah ringkasan cuti sekolah :

  • Cuti Pertengahan Penggal 1 : 18/03/2016 – 26/03/2017
  • Cuti pertengahan tahun: 27//05/2017 – 11/06/2017
  • Cuti pertengahan penggal 2: 26/08/2017 – 03/09/2017
  • Cuti akhir tahun: 25/11/2017 – 01/01/2018

Semoga artikel mengenai kalendar takwim cuti sekolah tahun 2017 ini dapat membantu ibu bapa dan anak-anak mereka untuk membuat perancangan yang terbaik ketika cuti sekolah pada tahun 2017. Kepada ibu bapa yang mahu menyemak keputusan peperiksaan anak bolehlawati laman web Saps Ibu Bapa ini.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment