≡ Menu




Senarai Insentif Bayaran Balik PTPTN Tahun 2016/2017

Senarai Insentif Bayaran Balik PTPTN Tahun 2016/2017 ok? Berikut ialah senarai bayaran balik insentif PTPTN untuk anda rujuk.

PTPTN

Adakah anda dah lunaskan semua hutang pinjaman PTPTN untuk pelajaran anda? Tentu ramai yang mempunyai hutang PTPTN tidak kira sama ada pinjaman ketika diploma, ijazah atau pun master yang masih belum membayar pinjaman PTPTN yang tertunggak.

Tahukah anda bahawa ada cara bayaran balik PTPTN dan dapatkan sehingga 15% diskaun? Baru-baru ini kerajaan Malaysia melalui pembentangan Bajet 2017 telah mengumumkan insentif-insentif yang disediakan untuk peminjam PTPTN yang masih tidak lunaskan bayaran balik.

Senarai Insentif Bayaran Balik PTPTN

Berikut adalah insentif-insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk bayaran balik PTPTN yang masih belum dijelaskan:

● Diskaun 15% untuk melunaskan penuh keseluruhan baki hutang pinjaman yang masih tertunggak.
● Diskaun 10% dikenakan kepada peminjam yang boleh membuat bayaran sekurang-kurang 50% daripada baki hutang yang tertunggak dalam sekali bayaran.
● Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Direct Debit mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) yang ditetapkan.

bayaran balik PTPTN dan dapatkan diskaun sehingga 15%

Diingatkan bahawa insentif-insentif bayaran balik PTPTN di atas dikuatkuasa mulai dari 22 Oktober 2016 sehingga 31 Disember 2017 sahaja. Makluman anda, boleh rujuk laman web tertera https://www.ptptn.gov.my/web/guest/insentif_bajet_2017 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insentif PTPTN.

Semoga informasi ini memberi pengetahuan kepada peminjam PTPTN yang masih tidak faham atau tahu tentang insentif-insentif ini yang telah disediakan untuk memudahkan para peminjam membuat bayaran balik PTPTN. Elakkan di senarai hitam imigresen untuk ke luar negara.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment