≡ Menu

Harith Iskander Dinobatkan Sebagai Funniest Person In The World 2016

Funniest Person In The World

Kuala Lumpur, 10 Dis – Pelawak terkemuka tanah air, Harith Iskander telahpun dinobatkan sebagai juara didalam pertandingan Funniest Person in The World (Manusia paling lawak dalam dunia) kira-kira jam 4 petang tadi sekaligus membawa pulang sejumlah wang tunai sebanyak AS$100,000 (RM 440,000 Ribu)

Kemenangan Sulung Harith itu adalah diumumkan oleh pengajur acara tersebut, Laugh Factory menerusi laman Facebook rasmi mereka.
Laugh Factory juga telah mengucapkan  tahniah kepada Harith Iskander di dalam pengumuman tersebut.


(Petikan Daripada Laman Rasmi Facebook Mereka)

Pada pusingan Final Funniest Person In The World 2016 Harith telahpun berentap bersama pelawak yang berasal daripada India, Filipina, Greece dan Israel.

Pertandingan Funniest Person in The World 2016 menyaksikan penyertaan dari pelawak-pelawak daripada 20 buah negara bagi merebut gelaran manusia paling lawak bagi 2016 dan gelaranitu telahpun menjadi milik Harith Iskander . Tahniah kami ucapkan kepada Harith.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment