≡ Menu




Harga Minyak Petrol Naik Tertinggi Untuk 2016

Harga minyak petrol hari ini naik dan ianya merupakan kenaikkan berturut-turut selama 2 bulan dari bulan lepas. Kenaikkan harga minyak ini amat mengejutkan, kerana harga minyak mentah dunia tidak mencatatkan apa-apa kenaikkan drastik.

harga minyak naik 2016

Harga minyak petrol bagi RON 95 dinaikkan sebanyak 15 sen, daripada Rm 1.80 seliter kepada RM1.95 seliter, RON97 daripada RM2.15 seliter kepada RM2.30 perliter manakala minyak diesel naik dari Rm 1.75 kepada RM1.90 seliter.

Telah berlaku kenaikan semua jenis harga minyak sebanyak 15 sen untuk setiap liter bermula 1 November 2016. Saya ingin berikan gambaran betapa setiap kenaikkan harga minyak sangat memberi impak kepada rakyat.

Sebuah MYVI perlukan 40 liter minyak untuk tangki penuh, sebelum kenaikkan minyak hanya perlu Rm 1.80 x 40 liter = Rm 72. Sekarang untuk isi penuh sebuah Myvi perlukan Rm 1.95 x 40 liter = Rm 78. Bermaksud kenaikkan sebanyak RM 6 untuk setiap kali anda isi minyak penuh untuk sebuah kereta Myvi.

Ini adalah satu bentuk contoh yang mudah. Kenaikkan yang kecil ini adalah besar jika dikira dalam jumlah sebenar penggunaan harian kita. Sebab itu apabila petrol naik, harga barang pasti naik. Kerana setiap barang mentah perlu gunakan minyak untuk tujuan logistik.

Kenaikkan harga terbaru minyak petrol ini merupakan kenaikkan tertinggi pada tahun 2016. Harga minyak sekarang adalah paling mahal pada tahun ini. Harga minyak terbaru ini lebih tinggi berbanding harga pada bulan Januari tahun ini apabila RON95 ditetapkan pada harga RM1.85 seliter, RON97 (RM2.25) dan diesel (RM1.60).

Harga jualan minyak bahan bakar paling rendah tahun ini telah dicatat pada bulan Mac 2016. Harga RON 95 meningkat naik 22 peratus sejak Mac manakala RON 97 pula meningkat naik sebanyak 18 peratus.

Kerajaan menyatakan bahawa mereka menentukan kenaikkan harga minyak melalui sistem apungan harga terkawal dimana ia mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kekuatan matawang negara bulan sebelumnya.

harga minyak mentah duniaApa komen anda? Wajarkah kenaikkan demi kenaikkan dilakukan oleh pihak kerajaan? Di kala ekonomi dan sara hidup menjadi semakin sempit dan meruncing di kalangan rakyat. Ayuh bincangkang.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment