≡ Menu




Senarai Harga Minyak Masak Terkini Mulai Tahun 2016

Senarai Harga Minyak Masak Terkini Mulai Tahun 2016 ok ? Dibawah adalah detail untuk senarai semak harga minyak masak pada tahun 2016 .

Senarai Harga Minyak Masak Tahun 2016

Berapakah harga minyak masak terkini tahun 2016? Mungkin masih anda belum tahu, di mana sekarang harga minyak telah naik di pasaran Malaysia.

Jangan terkejut, anda perlu menerima hakikat bahawa harga minyak telah naik! Pengumuman kenaikan harga minyak telah diucapkan oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, pada hari Rabu 26 Oktober 2016 lalu. Oleh itu, harga minyak masak terkini telah dikuatkuasakan mulai 1 November 2016.

Kenaikan harga minyak telah memberi sedikit sebanyak tempias kepada rakyat Malaysia terutamanya yang menjalankan perniagaan menggunakan minyak masak. Semestinya ia telah mengundang masalah kepada peniaga untuk menetapkan harga jualan yang dijual sama ada dikekalkan atau tidak.

Harga Minyak Masak Terkini Mulai Tahun 2016

Berikut adalah senarai harga minyak masak bermula 1 November 2016 :

● Harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) : Kekal Harga– RM2.50 sekilogram.

● Minyak masak paket termasuk minyak masak berbotol lebih 1KG: Harga mengikut harga pasaran bermula 1/11/2016.

● Harga minyak masak sawit tulen (anggaran minimum berdasarkan harga olien paras stabil RM2,900 setan).

HARGA SUBSIDI VS HARGA TANPA SUBSIDI

1KG : RM3.60 (RM3.70)

2KG : RM7.20 (RM7.40)

3KG : RM10.35 (RM11.10)

5KG : RM14.70 (RM18.50)

Paket Plastik : RM2.50 (RM2.50 kekal)

* Harga dalam kurungan adalah harga tanpa subsidi

harga-terkini-minyak-masak-pasaran

Semoga informasi ini memberikan anda pengetahuan mengenai harga terbaru minyak masak mulai penghujung tahun 2016. Walaupun kos sara hidup yang tinggi, mudah-mudahan anda bijak membuat perancangan belanjawan yang rapi dan terbaik.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment