≡ Menu

Guru Tak Pandai Mengajar , Murid Kurang Versatile.

Guru Tak Pandai Mengajar, Murid Jadi Kurang Versatile . Apakah Pendapat Anda Mengenai Kenyataan Daripada Mohamad S Osman M Ini ?
 
Tindakan sesetengah pihak yang menyalahkan guru amatlah tidak wajar sama sekali.
 
img_20161122_212604
Mohamad S Osman m telah mengeluarkan kenyataan provokasi mengatakan bahawa guru pada masa kini kurang versatile.Dalam erti kata lain , guru pada masa kini tidak reti mengajar dengan baik dan telah membuatkan murid-murid kurang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
 
Selain itu , kenyataan ini juga telah mendapat 10,000 respon daripada rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa ianya bukan salah guru semata-mata.Antara salah satu respon yang dipetik daripada netizen adalah , hal ini terjadi kerana disebabkan ibu bapa pada masa kini kurang memberi perhatian kepada anak-anak mereka dan apabila perkara seperti ini terjadi yang mereka tahu hanyalah menyalahkan guru semata-mata.
 
Sebenarnya cikgu-cikgu di sekolah telahpun bertungkus lumus berusaha untuk memastikan murid-murid dapat menguasai sesuatu ilmu dengan sempurna sekali. Keputusan yang tiada A (Kepujian tertinggi), bukanlah bermaksud murid itu tidak pandai. A itu hanya skor kayu pengukur yang mengkategorikan markah atau kata penyedapnya adalah huruf semata-mata.
 
Guru disekolah tidak pernah berputus asa, biarpun format soalan UPSR berubah dari semasa ke semasa dan tidak sama seperti format yang dahulu. Siang malam mereka bekerja, buat tuisyen bengkel demi memastikan murid dapat menguasai sesuatu bidang ilmu.
 
Diharap anda semua faham pengorbanan yang telah guru-guru lakukan. Guru kena isi saps ibu bapa, kena isi apdm , kena isi eghrmis, kena isi macam-macam lagi la sistem mengarut.
 
Antara Kenyataan Yang Dikeluarkan Oleh Mohamad S Osman Adalah ” Keputusan UPSR Tahun Ini Menunjukkan Guru Kurang Pandai Mengajar Menyebabkan Murid Kurang Versatile.Murid Yang Versatile Boleh Menjawab Apa Saja Soalan Yang Dikemukakan Pada Mereka” .
 
Sila Berikan Pendapat Anda Siapa Yang Perlu Dipersalahkan Dalam Hal Ini Sebenarnya? Bukan Kata Cacian Yang Kami Perlukan Tetapi Apa Tindakan Yang Perlu Lakukan Supaya Hal Ini Tidak Berlarutan.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment