≡ Menu




Panduan Gred Markah Baharu UPSR, PT3 dan SPM 2016

Panduan Gred Markah Baharu UPSR, PT3 dan SPM 2016 ok? Berikut ialah panduan gred markah baharu untuk UPSR, PT3 dan SPM.
semak keputusan pt3 2016
Pelajar tahu kini sistem gred pemarkahan yang baru telah diperkenalkan pada tahun 2016? Untuk pengetahuan, kerajaan telah menambahbaikan dengan mengubah sistem gred pemarkahan bagi PT3 dan SPM. Ia telah digunapakai oleh semua sekolah di negara ini dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS Ibu Bapa).
Makluman anda, pelajar boleh membuat semakan keputusan peperiksaan sama ada Sekolah Rendah mahupun Sekolah Menengah secara atas talian (online) menerusi aplikasi SAPS yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dengan adanya sistem SAPS Ibu Bapa akan memudahkan ibu bapa anda menyemak keputusan dengan lebih efektif. 
 
Tanpa perlu membuang masa, Government.my akan kongsikan Sistem Gred Pemarkahan Terbaru Bagi UPSR, PT3 dan SPM di bawah ini khas buat pembaca blog ini.
 
Sistem Gred Pemarkahan Terbaru Bagi UPSR, PT3 dan SPM
 
Berikut menerusi makluman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), menunjukkan perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2016 seperti : 
 
Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian
Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016 : UPSR
Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016 : PT3
Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016 : SPM
Julat Gred Markah Sekolah Rendah 2016
 
Julat Markah / Gred / Catatan:
80 – 100 : A : Cemerlang
65 – 79 : B : Baik
50 – 64 : C : Memuaskan
40 – 49 : D : Mencapai Tahap Minimum
0 – 39 : E : Belum Mencapai Tahap Minimum
TH : TH : Tidak Hadir
 
 
Julat Gred Markah Menengah Rendah 2016
 
Julat Markah / Gred / Catatan:
85 – 100 : A : Cemerlang
70 – 84 : B : Kepujian
60 – 69 : C : Baik
50 – 59 : D : Memuaskan
40 – 49 : E : Mencapai Tahap Minimum
0 – 39 : F : Belum Mencapai Tahap Minimum
TH : TH : Tidak Hadir
Julat Gred Markah Menengah Atas 2016
 
Julat Markah / Gred / Catatan:
90 – 100 : A + : Cemerlang Tertinggi
80 – 89 : A : CemerlangTinggi
70 – 79 : A – : Cemerlang
65 – 69 : B + : Kepujian Tertinggi
60 – 64 : B : Kepujian Tinggi
55 – 59 : C + : Kepujian Atas
50 – 54 : C : Kepujian
45 – 49 : D : Lulus Atas
40 – 44 : E : Lulus
0 – 39 : G : Gagal
TH : TH : Tidak Hadir

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment