≡ Menu




Ketua Audit Negara Sahkan Felda Hilang Lagi Rm 45 Juta

Felda hilang lagi Rm 45 juta untuk satu projek dalam usahama bersama salah sebuah anak syarikatnya.
felda-rugi-rm-47-juta
Ketua Audit Negara mengesahakan bahawa Felda mengalami lagi kerugian dalam satu pelaburan mereka sebanyak Rm 45 Juta. Ianya satu jumlah yang sangat banyak untuk dibazirkan.
 
Laporan tersebut menyatakan bahawa Felda mengalami kerugian sebanyak RM28 juta membabitkan empat anak syarikat dan syarikat dibawah kumpulannya yang ditubuhkan tanpa kelulusan Menteri Kewangan (anak syarikat yang ditubuhkan untuk pelaburan Felda tidak mendapat kelulusan menteri kewangan).
 
Syarikat-syarikat ini telah ditubuhkan bagi melaksanakan Projek Pertanian Sturgeon, Restoran Savaro dan Projek Pastri Schneeballen.
 
Menurut laporan yang dikeluarkan itu, Felda Caviartive Sdn Bhd (FCSB) membelanjakan RM47.61juta dalam projek ternakan ikan tetapi pulangannya termasuk dari penternakan sturgeon dan pemindahan teknologi tidak disedari susulan penggantungan projek-projek tersebut.
 
FCSB juga menandatangani kontrak bernilai AS$45 juta (RM146.25 juta) dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang telah melebihi had RM110 juta yang diluluskan lembaga pengarah Felda.
 
“Syarat perjanjian perkhidmatan pemindahan teknologi perjanjian kontrak reka bentuk binaan yang ditandatangani antara FCSB dan syarikat yang dilantik itu lansung tidak melindungi kepentingan FCSB,” kata Ketua Audit Negara kepada wartawan hari ini.
 
Global Settlers Sdn Bhd (GSSB) pula membelanjakan RM8.4 juta bagi membuka lima restoran Savaro yang beroperasi di beberapa buah negara tetapi kesemuanya ditutup selepas dua atau tiga tahun beroperasi.
 
Sementara itu, bagi Projek Pastri Schneeballen, GSSB membuat bayaran berjumlah RM2.29 juta kepada sebuah syarikat yang tidak berkaitan.
 
“Bayaran yang dibuat itu tanpa dokumen sokongan yang mencukupi dan penglibatan syarikat tidak berkaitan ini tidak dinyatakan dalam kontrak,” katanya.
 
Laporan daripada Ketua Audit Negara ini juga turut mendedahkan Projek Pastri Schneeballen ditamatkan pada Oktober tahun lalu dan RM6.39 juta dibayar bagi kontrak dan mesin pastri.
 
Ternyata Felda tidak cekap dalam mengurus dana dan pelaburan. Kemungkinan juga berlaku ketirisan wang yang disengajakan dan tidak disengajakan oleh pihak Felda dan syarikat yang terlibat. Semoga laporan ini dapat membuka mata semua pihak.
Kepada mereka yang berminat mencari jawatan kosong, boleh lawati link dibawah dan isi permohonan anda sekarang.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment