≡ Menu

Panduan Contoh Surat Pengesahan Majikan dan Jawatan

Panduan Contoh Surat Pengesahan Majikan dan Jawatan ok? Berikut ialah contoh surat pengesahan majikan untuk jawatan anda.

Anda tahu cara nak buat contoh surat pengesahan majikan atau jawatan? Untuk makluman anda, pengesahan majikan membawa pengertian untuk pengesahan kepada seseorang pekerja yang bekerja di sesebuah syarikat, di mana ia menunjukkan maklumat pekerja, tempoh berkhidmat, jumlah gaji yang diterima, jawatan dan lain-lain lagi.

Panduan Contoh Surat Pengesahan Majikan

Manakala pengesahan jawatan pula ialah satu proses pengesahan seseorang pekerja yang bersetuju untuk diterima tawaran bekerja ke jawatan tetap dan memenuhi semua syarat yang diberikan ketika menerima tawaran pekerjaan.

Surat pengesahan majikan sangat diperlukan oleh pihak sekolah kepada mereka yang tak mempunyai penyata gaji. Di samping itu, ia juga amat berguna untuk kebaikan anda seperti membuat pinjaman daripada pihak bank untuk membeli kereta, rumah, motorsikal dan sebagainya. Jom lihat Contoh Surat Pengesahan Majikan dan Jawatan Kosong  yang boleh dikongsikan bersama.

Panduan Contoh Surat Pengesahan Majikan dan Jawatan

Contoh 1

PENGURUS
XXXXXXX SDN BHD
(Alamat Syarikat)

Tuan,

PER : PENGESAHAN JABATAN

Nama : XXXXXXXXXXXXXX
No. Kad Pengenalan : XXXXXX-XX-XXXX

Seperti yang dirujuk pada tajuk, adalah diperakui dan disahkan bahawa (Nama Pekerja) di atas merupakan kakitangan kami yang berjawatan sebagai (Jawatan Pekerja). Kami dengan ini mengesahkan perkara-perkara berikut :

I. Telah berkhidmat selama bapa tahun (assume sendiri)
II. Taraf jawatan TETAP dan disahkan dalam jawatan pada tahun 2013.
III. Gaji : RMxxxx
Elaun Tetap : RMxxxx
IV. Beliau bukan seorang bankrap dan tiada terdapat sebarang hukuman terhadap beliau. Selain itu, dia juga bebas dari sebarang tindakan disiplin atau menunggu sebarang tindakan Jabatan atau perbicaraan di mana-mana mahkamah.

MAJIKAN

Nama :
Jawatan :
Tarikh :

Contoh 2

SURAT PENGESAHAN PEKERJA XX NAMA XX
NAMA SYARIKAT :
ALAMAT :
NO TEL :

Pekerja yang bernama (Nama Dan Nombor Kad Pengenalan) telah bekerja sebagai (Jawatan Pekerja) selama 3 tahun dari tarikh (Tarikh mula berkhidmat) di (Nama Syarikat).

(NAMA PENGURUS)
JAWATAN
NAMA SYARIKAT

Apa yang boleh diharapkan agar artikel ini mengenai contoh surat pengesahan jawatan dapat memberi pengetahuan kepada anda untuk menulis surat tersebut. Semoga informasi ini disebarkan kepada pengetahuan orang di luar sana.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment