≡ Menu

Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Untuk Sambung Belajar

Contoh Surat Berhenti Kerja Untuk Sambung Belajar | Untuk artikel kali ini, penulis ingin berkongsi cara bagaimana untuk menulis surat berhenti kerja jika anda mahu menyambung pelajaran ke institusi pelajaran.

surat-berhenti-kerja

Anda tahu bagaimana nak tulis surat berhenti kerja untuk sambung belajar dalam Bahasa Melayu yang dikongsikan dalam artikel kali ini.

Kebiasaan ramai yang ingin berhenti kerja tetapi mereka tidak tahu cara menulis surat berhenti kerja dalam bahasa melayu ataupun bahasa inggeris. Ini yang menjadi masalah besar kepada pekerja terutamanya yang masih baru bekerja dalam sesebuah organisasi. 

Sebenarnya untuk menulis surat perletakan jawatan adalah sungguh mudah dan cepat. Hanya mengikuti beberapa format penulisan surat anda mampu menulis sendiri surat berhenti kerja. Kini, dengan adanya internet anda boleh cari dengan cepat contoh-contoh surat berhenti kerja yang ringkas dan padat.

Contoh Surat Berhenti Kerja Untuk Sambung Belajar

Berikut  di bawah adalah Contoh Surat Berhenti Kerja Untuk Sambung Belajar. Jika anda hendak “COPY PASTE” contoh ini, sepatutnya anda perlukan ubah sedikit ayat yang bersesuaian dengan yang anda ingin tulis.
 

GHANI PATAIL

LOT 21 LORONG ALIR GANTANG, TAMAN CEMPEDAK DURIAN,

43300 SERI KEMBANGAN,

SELANGOR DARUL EHSAN

___________________________________________________________________________________

HONG BOCK SDN BHD,

MEDAN SEKSYEN 73,

04000 SHAH ALAM,

SELANGOR DARUL EHSAN                                                                                                                                                     15 Mac 2016

Perkara: Notis Berhenti Kerja

Merujuk kepada perkara di atas, saya GHANI PATAIL ingin memaklumkan kepada Tuan bahawa saya ingin berhenti kerja atas sebab tertentu mulai 30 Mac 2016.

2. Untuk makluman Tuan, tujuan saya ingin berhenti kerja adalah kerana sudah mendapat surat tawaran untuk menyambung pelajaran di sebuah IPTA. (ANDA NYATAKAN INSTITUSI PENGAJIAN DI MANA TEMPAT)

3. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini agar diterima untuk saya sambungkan pelajaran. Jasa dan kerjasama tuan saya hargai. Sekian, terima kasih.

Yang benar
……………………………………………
(GHANI PATAIL)
I/C NO: 891015-07-9542

Semoga informasi ini memberikan pengetahuan dan panduan kepada anda mengenai cara menulis surat berhenti kerja untuk sambung pelajaran. Bagi mereka yang mencari kerja kosong, bolehlah melawati laman web KerjaKosong.Co sekarang. Sila share dan repost artikel ini.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment