≡ Menu




Contoh Soalan Kerja Kursus PSV Pendidikan Seni Visual 2016

Kerja kursus pendidikan seni visual (PSV) SPM 2016, berikut kami kongsikan kertas 3 peperiksaan psv kepada calon SPM 2016, kertas peperiksaan tersebut dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Terdapat 9 tugasan yang terdapat dalam kertas peperiksaan kali ini, calon hanya dikehendaki memilih satu sahaja daripada sembilan tugasan tersebut.
Berikut kami kongsikan dahulu panduan dan arahan yang perlu diikuti oleh calon kertas 3 PSV spm 2016:

BIL PANDUAN DAN ARAHAN
1 Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
2 Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2016.
3 Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.
4 Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber
5 Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.
6 Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
7 Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
8 Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.
9 Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.
10 Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
11 Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan, menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
12 Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.
13 Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
14 Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas

Untuk peperiksaan SPM 2016 kali ini, terdapat 9 tugasan diperuntukkan kepada calon, daripada sembilan tersebut anda bolehlah memilih salah satu darinya. Berikut kami konsgikan kepada anda senarai tajuk tugasan PSV 2016:

 

TUGASAN BIDANG/TAJUK PRODUK
1 -KOMUNIKASI VISUAL
-REKA BENTUK GRAFIK
PEMBUNGKUSAN COKLAT
2 -REKA BENTUK
-HIASAN DALAMAN
MODEL BILIK PENGINAPAN HOTEL BERTEMA
3 -KOMUNIKASI VISUAL
-REKA BENTUK GRAFIK
REKA BENTUK KORPORAT DAN PENGIKLANAN
4 -KRAF TRADISIONAL
-UKIRAN KAYU
PENYANGKUT BAJU
5 -SENI HALUS
-ARCA
ARCA
6 -KRAF TRADISIONAL
-TEMBIKAR
PASU
7 -REKA BENTUK
-REKA BENTUK INDUSTRI
PENYEDUT HAMPAGAS DWIFUNGSI
8 -KOMUNIKASI VISUAL
-ILUSTRASI
DUIT KERTAS MALAYSIA EDISI PERINGATAN
9 SENI HALUSCETAKAN CETAKAN TIMBULAN

Untuk calon yang hendak memuat turun kertas soalan peperiksaan pendidikan seni visual PSV spm 2016 boleh di muat turun di laman sesawang LPM, segala maklumat penuh boleh didapati di kertas soalan beriukut

Leave a comment

{ 3 comments… add one }

Leave a Comment