≑ Menu




Contoh Tulis Resume Ringkas dan Padat

Contoh Tulis Resume Ringkas dan Padat ok? Berikut ialah cara terbaik untuk menulis resume yang ringkas dan padat.

Anda tahu cara nak tulis resume yang sebenar ringkas dan padat? Ini menjadi masalah utama kepada pemohon jika hendak membuat permohonan kerja sama ada kerajaan mahupun swasta.

Contoh resume terbaik

Sebenarnya, tiada format rasmi menulis resume. Cuba anda cari di mana-mana website yang kongsikan mengenai contoh resume, hampir kebanyakan berbeza. Kenapa ia terjadi? Ianya bergantung kepada kreativiti masing-masing. Tetapi, maklumat yang lengkap dan tepat perlu diberikan semasa menulis resume.Β 

Jangan tipu panel penemuduga ya. Segala maklumat yang anda berikan semuanya benar dan tidak menyeleweng. Resume terlalu panjang tidak bagus sebab susah hendak dibaca. Terlalu pendek pun tidak bagus sebab banyak maklumat yang akan tertinggal. So, apa yang terbaik anda perlu adanya maklumat-maklumat seperti di bawah ini.

Resume Boleh Ditulis Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Butiran yang perlu ada semasa menulis resume:

1) Maklumat Peribadi
2) Objektif & Matlamat Kerja
3) Maklumat Pendidikan (SPM & ke atas)
4) Maklumat Kerjaya (Bagi yang pernah bekerja) & Pengalaman
5) Sumbangan & Pencapaian
7) Kemahiran & Kebolehan
8) Kekuatan Peribadi (optional)
9) Rujukan (optional)

Contoh Resume Bahasa Melayu

Contoh resume terbaik

Contoh resume ringkas

Nota tambahan

Bagi Fresh graduate:

  1. Kalau tak pernah bekerja, tidak ada lagi experience bekerja, maklumat kerjaya tak perlu ditulis.
  2. Β Kerja part time walaupun 1 bulan dikira sebagai pengalaman kerja πŸ™‚ tulis je apa-apa kerja yang pernah dilakukan sekalipun. Tapi, rasanya kerja yang berkaitan lebih elok.
  3. Β Sumbangan & pencapaian semasa di Institusi pengajian boleh juga diberikan.
    Contoh dalam bidang kejuruteraan awam;
  • Menghadiri kursus IBSΒ 
  • Menyertai kursus AutoCAD
  • Menyertai Pertandingan Inovasi anjuran IPT

Dinasihatkan tulis pencapaian anda di institusi pengajian berkaitan dengan bidang.Β Semoga informasi ini mengenai contoh resume yang terbaik dan padat memberi pengetahuan kepada anda untuk membuat resume permohonan kerja.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment