≡ Menu




Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan

Konsep Dan Takrifan Sistem pengangkutan geografi pt3Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan bagi Kerja Kursus Geografi PT3 2016. Berikut kami kongsikan maksud, definasi, konsep dan takrifan sistem pengangkutan untuk panduan anda. Untuk makluman, calon perlu menjalankan kajian kes tentang pengangkutan di kawasan tempat tinggal/ sekolah anda.

Contoh Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan Geografi PT3 2016

Berdasarkan Kamus Dewan Dan Pustaka Edisi Keempat pula , Pengangkutan didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor yang mampu membawa penumpang dalam bilangan yang banyak ataupun melebihi dua penumpang .

Contohnya , bas , teksi bermeter , kereta api , monorel , feri , LRT ( transit aliranringan ) dan komuter . Sistem pengangkutan yang dinyatakan digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan mengikutkawasan yang hendak dituju .

Berdasarkan laman web http://farahsocialwork .blogspot.com , Pengangkutan merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan masyarakat , sama ada secara persendirian ataupun awam . Sistem pengangkutan mampu memberikan kesempurnaan dan peningkatan kepada kualiti kehidupan seharian .

Pengangkutan merupakan salah satu alternatif dalam pemilikan kenderaan sendiri . Selain membantu mengurangkan kos sara hidup dan membayar pinjaman kenderaan dan kenaikan harga minyak , ia juga mampu menyelamatkan alam sekitar dengan penjimatan tenaga dan pengurangan kepada penggunaan bahan api fosil .

Berdasarkan Wikipedia , Pengangkutan , merangkumi segala sistem pengangkutan yang . Meskipun , istilah – istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas , definisi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual .

Satu lagi batasan lanjut yang kadang – kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan sentiasa dikongsi . Pengangkutan biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa tempahan . Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka ke tempat kerja , beli–belah atau tempat pendidikan

Leave a comment

{ 2 comments… add one }
  • luvanyah July 24, 2016, 10:17 am

    THANKS FOR GIVE MORE INFORMATION TO ME…..

  • syera July 26, 2016, 1:50 pm

    Terbaik
    Thank sebab memudahkan kerja pelajar seperti saya

Leave a Comment