≡ Menu

Cara Solat Taubat Yang Betul Menurut Islam

Cara Solat Taubat Yang Betul Menurut Islam ok ? Berikut adalah details untuk melakukan solat taubat yang betul dan tertib menurut agama islam , In Shaa Allah.

Cara Solat Taubat Dengan Betul Menurut Agama Islam

Pernah anda solat taubat? Anda ingin tahu cara solat taubat yang betul? Berbalik kepada soal solat taubat. Secara mudah, cara solat taubat lebih kurang sama sahaja sepertimana solat sunat yang lain. Solat taubat ini dilakukan untuk memohon kepada Allah ampuni segala dosa yang pernah dilakukan dan menyesali di atas segala perbuatan dosa.

Solat taubat boleh dikerjakan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki. Namun lebih baik sekiranya solat ini dilakukan pada waktu tengah malam atau 2/3 malam ketika suasananya lebih hening dan tenang.

Panduan Solat Taubat Yang Sempurna

1. Niat solat taubat

Niat-solat-taubat

Niat “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

2. Bacaan surah ketika solat

● Pada rakaat pertama hendaklah membaca surah al-Fatihah dan al-Kafirun.

● Manakala pada rakaat yang kedua pula hendaklah membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas.

3. Bertasbih

Tasbih-solat-taubat

Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Tasbih “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

4. Beristighfar

Perbanyakkan beristighfar selepas memberi salam.

1. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 atau 100 kali.

istighfar-solat-taubat

istighfar “Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.”

2. Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 atau 100 kali.

istighfar-solat-taubat

istighfar “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.”

3. Penghulu istighfar sebanyak 3 kali

istighfar-solat-taubat

istighfar “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah

Anda masih mencari pekerjaan yang sesuai ? Jom klik link dibawah untuk memohon jawatan kosong yang anda minati secara online. Bukan sahaja mudah , malahan terdapat 10,000 jawatan kosong yang dibuka.

https://government.my/

Leave a comment

Comments on this entry are closed.