≡ Menu




Panduan Cara Solat Hajat Ringkas dan Doa

Panduan cara solat hajat ringkas dan doa ok? Ikuti panduan lengkap cara untuk solat hajat dengan sempurna beserta doa ringkas.

cara-solat-hajat

Pernah anda Solat Hajat untuk memohon kepada Allah apa yang diinginkan? Tahu apa Solat Hajat? Ada ketikanya kita leka dan alpa untuk memohon hajat kepada Allah yang sepatutnya sedangkan kita betul-betul berhajat kepada perkara tersebut.

Solat hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon sesuatu hajat yang tertentu kepada Allah SWT, sama ada semasa senang, lebih-lebih lagi ketika mengalami kesulitan dan kesukaran. Secara kebiasaannya, ia dikerjakan secara bersendirian, kadang kala dilakukan secara berjemaah apabila berhadapan kesulitan seperti kemarau, peperiksaan dan sakit.

Solat sunat hajat boleh dikerjakan secara ringkas sebanyak dua rakaat. Bagi mereka yang ingin memanjangkannya sehingga 12 rakaat. Setiap 2 rakaat dengan 1 salam. Namun begitu, anda dianjurkan untuk memilih waktu yang sesuai, contohnya selepas tengah malam atau selepas 2/3 malam. 

Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat

Berikut cara Solat Sunat Hajat yang boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat sehingga dua belas rakaat.

Lafaz niat solat Hajat:

Lafaz_Niat_Solat_Sunat_Hajat_MyWaktuSolatMaksudnya – “Sahaja aku sembahyang sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan

Rakaat pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Surah_Solat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat_1

Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Surah_Solat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat_2

Doa Solat Sunat Hajat

Setelah memberi salam, bacalah doa di bawah.


Doa_Solat_Sunat_Hajat_MyWaktuSolat_1

Pohonlah apa-apa yang dihajati, sama ada mahu ulangi doa tersebut dan setelah selesai berdoa hendaklah diakhiri dengan selawat iaitu:doa_solat_hajat_mywaktusolat_2

Mudah-mudahan segala apa yang dihajati dengan bersungguh-sungguh yang telah dipohon di samping usaha gigih serta tepat yang telah dilakukan akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Semoga panduan solat sunat hajat ini menjadi pedoman kepada anda untuk dikerjakan.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment