≡ Menu




Panduan Cara Solat Sunat Dhuha dan Bacaan Doa

Panduan Cara Solat Sunat Dhuha dan Bacaan Doa ok? Berikut ialan panduan lengkap cara solat dhuha berserta bacaan doa.

Pernah solat Dhuha pada waktu pagi? Solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan setelah terbit matahari sehinggalah menjelang masuk waktu Zohor. Solat ini lebih afdhal jika dilakukan selepas 28 minit selepas waktu syuruk. Fadhilat bagi sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha sangat mulia di antaranya lapang rezeki seseorang.

Berikut dikongsikan cara-cara atau panduan mengerjakan solat Dhuha dan doa bacaan dalam rumi. Semoga solat yang kita lakukan ini dapat menambah atau menampung kekurangan yang ada pada diri kita walaupun cukup solat 5 waktu sehari semalam.

Panduan Solat Dhuha dan Bacaan Doa dalam Rumi

1. Bilangan rakaat boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat 1 salam atau sehinggalah 12 rakaat. Lebih afdhal dikerjakan sebanyak 8 kali yang dilakukan oleh Rasululah s.a.w.

2. Waktu pagi : anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi lebih afdhal 28 minit selepas syuruk.

Niatnya:

“Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

3. Baca ketika sujud yang terakhir sebanyak 3 kali

4. Baca doa ini selepas solat

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

Moga-moga artikel yang dikongsikan ini dapat dijadikan panduan kepada umat Islam untuk melakukan solat sunat Dhuha yang banyak kelebihan dan fadhilat yang mungkin anda tidak ketahui.

Baca juga:

Niat Ganti Puasa Ramadhan
Niat Solat 5 Waktu dan Solat Jumaat

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment