≡ Menu




Cara Semak Penyata KWSP Secara Online

Adakah anda pernah bekerja? Jika pernah, adakah anda telah membuat caruman KWSP untuk gaji anda? Jika ya, anda pernah semak penyata dan ingin pastikan majikan anda telah mencarum wang anda. Sekiranya masih belum membuat semakan penyata KWSP, penulis akan kongsikan cara menyemak penyata caruman KWSP anda.

Cara Semak Penyata KWSP Secara Online

Tahukah anda, telah lama penyata caruman KWSP kini boleh disemak melalui online? Beberapa cara yang mudah dan cepat, anda boleh membuat semakan melalui portal rasmi KWSP. Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP adalah simpanan kewangan untuk masa depan masing-masing untuk mereka yang telah bekerja. Bagaimana cara untuk membuat semakan online?

Cara Semak Penyata KWSP Secara Online

Berikut dikongsikan cara bagaimana untuk membuat semakan KWSP perlu terlebih dahulu mendaftar di Portal rasmi i-Akaun KWSP:-

1. Untuk mendaftar terlebih dahulu anda perlu ke kaunter KWSP terdekat untuk mengambil nombor PIN ( tempoh sah 90 hari ), semasa di kaunter KWSP kad pengenalan diperlukan untuk mengambil no pin KWSP tadi. ( sekali sahaja untuk pendaftaran online ).

2. Seterusnya perlu layari laman web portal rasmi KWSP i-Akaun iaitu http://www.kwsp.gov.my/ .

3. Selepas itu, anda perlu klikkan pada “ login kali pertama “.

4. Untuk pertanyaan bersetuju atau tidak mengaktifkan i-Akaun pilihlah ( saya bersetuju untuk mengaktifkan i-Akaun ) tanda di kotak disediakan.

5. Seterusnya masukkan no kad pengenalan masing-masing dan masukkan no pin yang diambil tadi di kaunter dan tekan ( aktifkan ).

6. Akhirnya, anda masukkanlah nama pengguna dan kata laluan pilihan sendiri dan klik pada butang hantar.


Semoga adanya panduan ini memudahkan anda untuk menyemak penyata caruman KWSP secara atas talian (online).

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment