≡ Menu

Cara Semak Kelayakan Kursus Universiti Yang Diiktiraf JPA

Cara Semak Kelayakan Kursus Universiti Yang Diiktiraf JPA ok ? Berikut adalah details untuk menyemak kelayakan kursus University yang diiktiraf oleh JPA.

Kelayakan Kursus Universiti Yang Diiktiraf JPA

Anda tahu Cara Semak Kelayakan Kursus Universiti Yang Diiktiraf JPA? Untuk makluman kepada pelajar sekolah lepasan SPM, anda mesti mempunyai keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, tapi tidak yakin universiti apa yang menjadi pilihan anda dan mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sekiranya, keputusan SPM telah diumumkan dan pastinya anda ingin membuat permohonan melanjutkan pelajaran ke UA/ IPTA melalui UPU yang disediakan oleh KPM. Oleh itu Government.my mengesyorkan pemohon untuk membuat semakan terlebih dahulu samada kursus pengajian dari universiti yang ingin dipohon dari IPTA/ IPTS atau universiti luar negara tersebut mendapat pengiktirafan JPA.

Tahu tak anda cara membuat semakan kelayakan kursus pengajian universiti yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Semakan perlunya di buat bagi memastikan kursus pengajian tersebut diiktiraf oleh JPA kerana kerajaan hanya melantik pemohon yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh JPA untuk bekerja atau berkhidmat di sektor awam.

Semakan Kursus Universiti Diiktiraf JPA Online

Berikut cara mudah bagi pemohon membuat semakan secara online bagi memastikan samada kursus yang dipohon tersebut diiktiraf oleh JPA di aplikasi di bawah ini :-

Masukkan ke halaman web ini dan klikkan https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php?pg=2

● Sila masukkan negara, institusi, bidang dan kemudian SEMAK PENGIKTIRAFAN.

Permohonan surat pengesahan pengiktirafan kelayakan hanya akan diproses bagi kelayakan seperti berikut :-

  • di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang diperolehi dari IPT dari luar negera termasuk yang melalui pemindahan/ pengecualian kredit;
  • di peringkat Ijazah Sarjana/PhD yang diperolehi dari IPT dari dalam dan luar negeri; dan
  • yang diiktiraf secara “case by case basis” oleh Kerajaan.
  • Borang Permohonan Pengiktirafan klik SINI
  • Panduan permohonan klik Cara Mengisi Borang

Diharapkan selepas ini anda senang akan membuat pilihan institusi pengajian yang mendapat pengiktirafan JPA dan diakredit oleh MQA. Semoga anda berjaya mendapat tempat pengajian yang mempunyai kelayakan tersebut.

Leave a comment

Comments on this entry are closed.