≡ Menu




Cara Renew Roadtax dan Insuran Kereta Baharu Mulai Tahun 2016

Cara Renew Roadtax dan Insuran Kereta Baharu Tahun 2016 ok? Berikut adalah detail untuk renew roadtax dan insuran kereta pada tahun 2016.

Cara Renew Roadtax Dan Insurans

Anda tahu kini ada cara baharu renew roadtax mulai tahun 2016? Peraturan cara baharu renew roadtax dan insuran kereta bermula dari 1 September 2016 lagi dan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2016, di mana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi mengeluarkan geran atau salinan geran yang hilang. Nak tahu sebab apa JPJ tidak membenarkan lagi mengeluarkan geran?

Ia telah mula dikuatkuasa dengan penggunaan sistem Sijil Pemilikan Kenderaan atau dikenali sebagai VOC (Vehicle ownership certificate). Apa itu VOC? Perkenalan VOC ini adalah untuk menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC), di mana VOC tidak lagi digunakan sebagai dokumen bagi urusan seperti Pembaharuan Lesen Kenderaan Jalan, Tukar Hak Milik dan sebagainya.

So, jangan membuang masa lagi, anda pastikan membaca artikel ini dengan selanjutnya. Oleh itu, dengan penggunaan sistem geran sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ. Mudahkan, berikut cara renew roadtax yang baharu mulai tahun 2016.

Cara-renew-roadtax

Cara Baharu Renew Roadtax & Insuran Kereta Mulai 1 September 2016

Dikuatkuasa mulai 1 September 2016, JPJ akan melaksanakan pembaharuan roadtax tanpa geran secara menyeluruh di mana pemilik kenderaan wajib hadir untuk renew dan perlu membuat pengesahan cap jari sebagai liabiliti yang bertanggungjawab memperbaharui roadtax kenderaan anda bagi tujuan keselamatan serta mengelakkan daripada penipuan kenderaan klon.

1. Penggunaan Geran lama sebelum ini akan ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bermula 1 Jun 2016.

2. Mulai 1 September 2016, Renew Roadtax dan Insuran tidak lagi memerlukan geran kereta di JPJ. Dengan sijil VOC ini, tiada lagi memerlukan cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

3. Anda hanya perlu hadir ke JPJ dan dapatkan pengesahan cap jari pemilik kenderaan yang disahkan sahaja.

Bagaimana Jika Geran Kereta Asal Hilang?

Sekiranya tuan atau puan memerlukan maklumat kenderaan kerana geran asal telah hilang, tuan/puan penulis sarankan pergi ke JPJ berdekatan rumah anda untuk membeli maklumat kenderaan (RM20). Manakala, panjangkan kepada pihak insuran 1 salinan untuk renew insurans atau claim insurans.

Semoga informasi ini tentang cara baharu memperbaharui roadtax dan insurans dapat memudahkan urusan anda tanpa memikirkan lagi cara untuk melakukannya.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment