≡ Menu

Cara Pengiraan Tarif Elektrik TNB

Adakah anda tahu bagaimana cara untuk mengira berapa anggaran bil eletrik yang perlu anda bayar pada setiap bulan? Pasti anda ingin tahu cara pengiraan ini agar mudah anda membuat perhitungan bil elektrik bulanan. Jom belajar bersama-sama! Sebagai permulaan, kita perlu mengenali apakah yang dimaksudkan dengan Tenaga (Energy, W) dan Kuasa (Power, P).

 Cara pengiraan tarif elektrik tnb

● Tenaga = kebolehan melakukan kerja (Work Done), dikira dalam unit Joule.

● Kuasa = kadaran tenaga yang digunakan, dalam satu jangkamasa, dikira dalam unit Watt.

Rumus : P = W / t

Dalam mengira bil elektrik, kita menggunakan nilai kilo-watt-hour (kWh), atau dalam bahasa Melayu disebut kilo-watt-jam (kWj). Dalam erti kata lain, kita menghitung berapa kilowatt yang digunakan dalam masa satu jam.

Rumus : W = P t

Contoh : W = P t = (100 W) x (10 hour) = 1000 Wh @ 1000 Wj = 1 kWh @ 1 kWj

Cara Pengiraan Tarif Bil Elektrik TNB Online

Contoh pengiraan penggunaan alatan harian dalam satu hari seperti berikut :

Penggunaan :

● 6 Lampu kalimantang 38W digunakan selama 5 jam

● 1 Televisyen 100W digunakan selama 4 jam

● 2 Kipas angin 60W digunakan selama 4 jam

● 1 Peti sejuk 700W digunakan 24 jam

● 1 Iron (penggosok baju) 1000W digunakan 30 minit (0.5 jam)

● 1 Cerek elektrik 1000W digunakan 15 minit (0.25 jam)

Pengiraan kWh

● Lampu : 6 x 38 W x 5 h = 1140 Wh = 1.140 kWh

● TV : 1 x 100 x 4 = 400 Wh = 0.4 kWh

● Kipas : 2 x 60 x 4 = 480 Wh = 0.48 kWh

● P.Sejuk : 1 x 700 x 24 = 16800 Wh = 16.8 kWh

● Iron : 1 x 1000 x 0.5 = 500 Wh = 0.5 kWh

● Cerek : 1 x 1000 x 0.25 = 250 Wh = 0.25 kWh

Jumlah penggunaan kWh dalam sehari adalah :

1.140 + 0.4 + 0.48 + 16.8 + 0.5 + 0.25 = 19.57 kWh

Katakan penggunaan yang sama dilakukan selama sebulan (30 hari) maka penggunaan adalah :

19.57 kWh x 30 hari = 587.1 kWh

Kadar bil elektrik yang perlu dibayar (ikut kadar TNB)

1. 200 kWh pertama (1 – 200 kWh) = (200*21.8)/100 = RM 43.60

2. 100 kWh seterusnya (201 – 300kWh) = (100*33.4)/100 = RM 33.40

3. 100 kWh seterusnya (301 – 400kWh) = (100*40.0)/100 = RM40.00

4. 100 kWh seterusnya (401 – 500kWh) = (100*40.2)/100 = RM 40.20

5. 100 kWh seterusnya (501 – 600kWh) = (87.10*41.6)/100 = RM 36.23

Jumlah keseluruhan = RM 193.43

Maka, terpaparlah jumlah sebenar bil elektrik yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 193.43.

Dengan adanya kaedah pengiraan secara atas talian ini, memudahkan anda untuk membuat pengiraan bil elektrik dengan cepat.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment