≡ Menu




Cara Menyediakan Resume Yang Baik

Anda tahu nak buat resume terbaik? Pernah buat resume untuk memohon kerja? Penulis ingin kongsikan artikel mengenai contoh membina resume kelihatan seperti sesuatu yang mudah tetapi kenyataannya ramai calon mengambil sambil lewa akan resume yang menyebabkan anda gagal dipanggil ke sesi temuduga.

Cara Menyediakan Resume Yang Baik

Terdapat faktor-faktor penting yang anda harus tahu dan berhati-hati ketika menyediakan resume. Kesilapan-kesilapan kecil yang anda lakukan akan menjejaskan peluang anda untuk disenarai pendek bagi pekerjaan yang anda pohon. 

Cara Menyediakan Resume Yang Baik

Penyediaan resume yang baik akan membantu anda dalam permohonan anda. Berikut adalah tips dan panduan yang boleh anda ikut ketika menyediakan resume anda.

1. Cover Letter

Jika anda dipanggil temuduga, pastikan kepilkan permohonan anda bersama surat iringan atau dikenali sebagai cover letter. Jangan sesekali menghantar resume anda dalam keadaan ‘togel’.

Surat iringan merupakan prosedur standard. Permohonan tanpa surat iringan menunjukkan anda tidak bersungguh-sungguh dan kurang professional. 

2. Letakkan Gambar

Pastikan resume anda mempunyai gambar anda supaya majikan boleh mengenali anda. Letakkan gambar anda di bahagian kanan atas resume anda. Pastikan gambar belatarkan warna biru.

Anda perlu meletakkan gambar yang professional dan kemas. Lebih baik gunakan gambar ukuran passport. Jangan sesekali menggunakan gambar yang kabur dan terlalu santai seperti memakai t-shirt lusuh dan sebagainya.

3. Nyatakan Jawatan Yang Dipohon

Pastikan anda menyatakan jawatan yang anda pohon untuk memudahkan majikan mengenal pasti permohonan anda. Sekiranya sangat tidak wajar jika permohonan diterima tanpa ada apa-apa input tentang jawatan yang dipohon.

4. Ringkas, Padat & Mudah Difahami

Majikan tidak mempunyai masa yang banyak untuk meneliti permohonan anda kerana mereka terpaksa menapis ribuan permohonan. Maka adalah wajar anda membantu mereka mempercepat dan mempermudah urusan mereka.

Gunakan ayat yang ringkas tapi padat dan mudah difahami di dalam resume anda supaya majikan anda tidak rasa jemu terhadap anda.

5. Tonjolkan Kebolehan, Kemahiran & Pencapaian Anda

Majikan biasanya akan menerima permohonan yang banyak bagi setiap jawatan yang perlu diisi. Jadi, anda harus ‘stand out’ di dalam permohonan anda.

Tonjolkan semua kelebihan yang ada pada diri anda untuk meyakinkan majikan bahawa anda layak untuk dipanggil temuduga. Jangan terlalu memandang kebolehan yang tinggi terhadap orang lain, hanya fokus dan tumpukan perhatian ketika seisi temuduga.


Semoga informasi tentang contoh menyediakan resume terbaik ini dapat membantu kepada bakal calon temuduga sebagai panduan untuk mereka berhadapan dengan si penemuduga nanti.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment