≡ Menu




Cara Menambah Pendapatan Anda Dengan Mudah

Anda tahu cara mudah untuk tambah pendapatan anda? Mesti anda memikirkan bagaimana nak cari income lebih untuk support pendapatan anda. Kadang-kadang kita sering mengeluh apabila masuk saja gaji tapi tidak sampai tengah bulan dah tak habis duit. Lebih-lebih jika keadaan anda terdesak untuk membuat sesuatu perkara.

Cara tambah pendapatan

Mulalah lepas tu upload gambar dekat Instagram makan Maggi Cup acah-acah meraih simpati netizen. Mengeluh tak akan membantu anda apa-apa pun menghasilkan duit. Lihat di bawah ini 5 cara jana pendapatan tambahan yang boleh membantu income sampingan anda.

Cara Menambah Pendapatan Anda Dengan Mudah

1. Menjadi Pemandu Uber atau GrabCar

Sejak kebelakangan ini, permintaan terhadap perkhidmatan Uber dan GrabCar semakin meningkat dalam kalangan netizen, terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Korang tahu nak cari pendapatan melalui pemandu Uber / GrabCar.

Korang ada kereta sendiri? Apa kata korang mendaftar sebagai pemandu Uber atau Grabcar. Sangat mudah! Daripada anda habiskan duit minyak dan tol berjalan ke sana sini masa hujung minggu, tak tahu nak buat apa, so lebih baik korang gunakan kereta untuk menghantar orang ke sana sini, dapatlah juga duit tambahan.

2. Menjadi Penjual Barangan / Produk Online

Anda minat nak jadi penjual produk online? Siapa kata nak jadi penjual online kena ada modal beribu ringgit? Korang silap! Sebenarnya korang boleh menjual barang secara online tanpa mengeluarkan modal sesen pun. Macam mana? Cuba tengok dalam almari korang. Banyak kan pakaian yang dah tak guna dan masih elok? Apa kata korang jual je dekat Internet daripada biar pakaian tersebut mereput dalam almari.

Sebagai langkah permulaan, anda layari laman web di bawah ni dan daftar sebagai member. Berikut laman web online yang besar mempromosikan barangan atau produk jualan:

● Mudah.my – http://www.mudah.my/

● Duriana – http://www.duriana.com/

● Carousel – https://carousell.com/

● Forum Lowyat – https://forum.lowyat.net/

Atau kalau korang malas sangat nak daftar, promote je dekat Instagram atau FB korang tu. Contohnya macam ni.

Tambah wang dengan jual online

Dah dapat duit dari barangan yang korang jual tu, bolehlah guna untuk menampung perbelanjaan anda dan boleh juga buat simpanan.

Tambah wang dengan affiliate


3. Mempromosi Produk Affiliate

Anda tahu bagaimana mempromosi produk affiliate? Pasti anda masih lagi bingung dan tak tahu nak jual apa secara online? Relaks, ada lagi cara yang korang boleh cuba. Pernah dengar bisnes secara Affiliate Marketing? Affiliate ialah seseorang individu yang memperolehi komisyen bagi setiap jualan yang berlaku hasil dari aktiviti mereka mempromosikan sesuatu produk kepada orang ramai. Bahasa mudahnya, affiliate adalah seperti agen jualan.

Cara tambah pendapatan dengan fotografi

4. Membuat Duit Melalui Fotografi

Kalau korang minat dalam bidang fotografi dan mempunyai kamera sendiri, mungkin peluang ini menarik minat korang untuk tambah pendapatan.

Terdapat banyak laman web ‘stock photo’ yang memberi anda peluang untuk berkongsi gambar kepada mereka dan akan membayar upah untuk setiap gambar yang korang hantar sekiranya gambar tersebut dipilih. Antara web yang anda boleh cuba ialah Shutterstock, iStock, 123RF dan Fotolia.

Jika korang memang mahir dalam bidang ni, cubalah untuk tangkap gambar sesuatu event, majlis dan minta sedikit upah dari penganjur.

5. Menulis & Menjual E-book

Jika korang pandai menulis atau minat dalam bidang menulis? Tahukah anda penjualan ebook di Amerika Syarikat pada tahun 2011 adalah sebanyak USD 910 juta. Anggaran Firma Forester, jualan ebook akan mencapai USD 9.7 Billion pada tahun 2017.

Gelombang ini mula sampai di Malaysia, penerbit buku juga terpaksa menukar buku bercetak mereka kepada versi ebook. Ini merupakan peluang untuk anda menjadi penulis dan penerbit! Korang tahu ebook teknik SEO Merah Jambu Encik Titan, kalau anda seorang blogger mesti tahu akan hal ini.

Kos yang rendah dan tidak perlu modal untuk mencetak dan tiada caj pengeposan. Risiko pun rendah kerana tidak perlu dicetak dan tiada lambakan stok. Sebab tiada sempadan bila menjual di Internet. Satu dunia boleh beli.

Secara tuntasnya, ini adalah sekadar idea untuk membantu korang menambah pendapatan. Terpulang diri anda ingin mengikuti cara ini untuk menjana pendapatan anda. Sebenarnya ada lagi untuk anda membuat duit dengan kerja sampingan yang lain. Semoga informasi ini memberi kebaikan kepada anda dan dijadikan panduan untuk dapatkan wang dengan cara mudah ini.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment