≡ Menu




Cara Membuat Rayuan UPU 2017

Adakah anda pemohon UPU 2017? Jika anda tidak berjaya mendapat penempatan ke kemasukan Universiti Malaysia. Sebenarnya, anda boleh membuat rayuan UPU dengan secara online. Permohonan Rayuan ialah permohonan yang tidak berjaya menerima sebarang tawaran program dengan syarat mengemukakan permohonan awal.

Langkah untuk membuat rayuan UPU

Cara Membuat Rayuan UPU 2017

Bagaimanakah caranya? Berikut dikongsikan adalah cara membuat rayuan UPU dengan mudah :

1. Layari laman web https://online.mohe.gov.my/upu/upuonline_rayuan/.

2. Isi borang untuk mendapatkan akaun e-Rayuan.

3. Keputusan rayuan akan diumumkan pada minggu kedua bulan tersebut dan jika tiada sebarang tawaran diterima dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu di institusi pendidikan berkenaan, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.

4. Untuk dapatkan maklumat lanjut, boleh layari ke Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web BPKP (UPU).

5. Anda boleh juga hubungi talian hotline UPU 03-88706767 dan 03-88706777 pada hari bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Semoga informasi ini membantu kepada pemohon UPU yang gagal dapat permohonan ke universiti yang dipilih agar mereka tidak alpa dengan keputusan tersebut.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment