≡ Menu

Tips Cara Elakkan Perasaan Gemuruh Ketika Temuduga

Tips Cara Elakkan Perasaan Gemuruh Ketika Temuduga ok? Berikut ialah tips daripada pakar cara elakkan perasaan gemuruh ketika temuduga.

Anda pernah ada pengalaman temuduga? Kalau anda yang pernah lalui mesti akan rasa gementar apabila hendak ditanya oleh penemuduga. Saya pasti semuanya akan alami seperti situasi ini.

cara-elak-gemuruh

Memandangkan kini banyak peluang untuk ditemuduga dalam sektor kerajaan, anda masih tidak yakin kalau hendak temuduga. Jawapannya mudah, baca entri ini mengenai tips mengelakkan perasaan gemuruh ketika sesi temuduga. Bagaimana hendak atasi?

Mungkin juga tips-tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang akan menghadiri sesi temuduga kerja esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan? 

Tips Cara Elakkan Perasaan Gemuruh Ketika Temuduga

1. Ketika menunggu giliran, jangan terlalu memikirkan atau menduga soalan bakal ditanya penemuduga

Calon temuduga mudah menjadi gemuruh sekiranya terlalu memikirkan berkenaan soalan yang akan ditanyakan penemuduga. Oleh itu, jangan fikirkannya! Elakkan diri dan tenangkan fikiran diri mengandaikan perkara yang negatif.

2. Anggap Temuduga Sebagai Sebuah Proses Perbualan

Calon yang dipanggil temuduga biasanya telah mencapai kelayakan yang dikehendaki oleh organisasi. Proses temuduga digunakan atau dikenakan sebagai medium untuk organisasi mengenalpasti calon dengan lebih dekat selain maklumat yang diperoleh dari dokumen permohonan kerja sahaja. Jadi anggaplah temuduga sebagai sebuah proses perbualan yang memerlukan jawapan ringkas dan padat mengenai peribadi anda. Penemuduga juga merupakan manusia biasa yang mahukan perbualan yang segar dan semulajadi, jadi anda hanya perlu buat bersahaja dan tidak perlu terlalu gemuruh!.

3  Berfikiran optimistik

Befikiran optimistik boleh mengurangkan rasa gemuruh. Tanya pada diri anda sendiri, adakah anda pernah melalui situasi yang lebih sukar dari sekarang? sudah tentunya ya, bukan? Jadi cuba jadi lebih optimistik, positifkan diri anda dan berlatihlah untuk jadi lebih bersahaja.

4. Selawat Nabi S.A.W

Sebelum anda masuk untuk sesi temuduga, genggam tangan kuat2, selawat tiga kali, tarik nafas dan lepas bersama genggaman. Ingat InshaAllah kita boleh buat.

Diharapkan perkongsian artikel ini mengenai tips temuduga – mengelakkan perasaan gemuruh ketika sesi temuduga sedikit sebanyak dapat membantu anda ketika menghadiri sesi temuduga. Letakkan fikiran anda positifkan diri dan yakin boleh buat terbaik ketika ditanya penemuduga.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment