≡ Menu




Cara Daftar i-akaun KWSP Secara Online

Anda tahu bagaimana cara daftar i-akaun KWSP secara online? Apakah yang dimaksudkan i-akaun? Pasti anda ingin tahu lebih lanjut mengenai i-akaun KWSP. Untuk makluman, i-akaun merupakan akaun KWSP Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang ditawarkan oleh KWSP.

Cara Daftar i-akaun KWSP Secara Online

Dengan sehubungan itu, menerusi media daripada pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyarankan agar ahli yang belum mempunyai i-akaun KWSP segera membuat pendaftaran. Tapi bagaimana cara untuk mendaftar? Mudah saja! Penulis akan kongsikan cara mendaftar i-akaun KWSP secara online.

Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Secara Online


Berikut dikongsikan cara-cara untuk mendaftar i-Akaun Ahli dan Majikan :-

 1. Ahli boleh mengunjungi mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan ID Ahli.

2. Ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat pada jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

3. Anda hanya layari ke laman web www.kwsp.gov.my dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda tersebut.


Sekiranya anda telah mendaftar tetapi belum mengaktifkan i-Akaun anda, klik pada Pengaktifan i-Akaun bagi Ahli dan Pengaktifan i-Akaun (Majikan). Jika untuk mendapatkan keterangan dan maklumat lanjut, boleh layari ke portal rasmi KWSP.

Mudah ja kan kini semuanya boleh dibuat menerusi atas talian (online). Semoga informasi ini dijadikan panduan untuk anda bagi yang ingin mendaftar i-Akaun KWSP untuk Ahli dan juga Majikan.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment