≡ Menu




5 Cara Paling Bijak Menguruskan Wang Gaji

5 Cara Paling Bijak Menguruskan Wang Gaji ok? Jom ketahui 5 cara paling bijak untuk uruskan wang gaji dalam perbelanjaan.

Adakah anda seorang yang berjimat cermat dan bijak menguruskan gaji? Apakah anda akan buat setelah mendapat duit gaji? Korang masih lagi gagal untuk berjimat? Ini sepastinya berlaku dalam kehidupan seharian. Cuba ikuti penulis ingin kongsikan cara bijak menguruskan dengan duit gaji.

Cara mengurus wang gaji

Jika anda seorang yang suka hutang, anda layak sepatutnya membaca artikel ini. Apa yang penting duit gaji yang anda dapat dalam sebulan perlu tetapkan berapa jumlah yang patut anda simpan. Tanya diri sendiri?  Di bawah berikut dikongsikan cara bijak menguruskan duit gaji.

Panduan dan Cara Bijak Menguruskan Duit Gaji

1) Tetapkan matlamat dan pendirian 

Pertama kali anda sepatutnya menetapkan matlamat terlebih dahulu, kenapa kita perlu berjimat cermat? Fikir dahulu adakah anda masih ada hutang? Kalau ada langsaikan segala hutang itu dengan sewajarnya.

2) Senaraikan semua perbelanjaan bulanan selama sebulan mengikut kesesuaian gaji 

Perbelanjaan adalah suatu perkara yang penting untuk kita jalani kehidupan seharian. Setiap anda buat belanjawan sepatutnya perlu dicatitkan supaya kita boleh lihat kategori mana perlu kita kurangkan perbelanjaan. Saya syorkan anda muat turun aplikasi “expense manager” di Play Store. Jadi bermula saja kemasukan gaji pada hujung bulan. Abda perlu key in income dan selepas itu, anda perlu key in apa yang telah buat setiap hari. Lebih mudah senaraikan perbelanjaan berdasarkan kategori. Dari situ anda boleh tahu kategori apa yang patut dikurangkan dan patut ditampungkan.

3) Bagi duit kepada ibu bapa

Ini adalah perkara yang paling utama anda patut lakukan. Ingat jangan lupa bagi duit kepada ibu bapa. Jika anda ibu bapa anda seorang yang berkerjaya, jangan abaikan juga sekiranya mereka menolak baru anda fikir-fikirkan semula.

4) Utamakan hutang-hutang

Jika anda ada hutang, rasanya apabila dapat gaji setelkan dulu hutang-hutang tersebut. Selepas itu, baru la kita buat perbelanjaan yang lain. Jangan abaikan membayar hutang terlebih dahulu.

5) Simpan 10-20% dari gaji

Anda sepatutnya gaji yang diperolehi perlu simpankan 15% atau 20% dari gaji anda untuk membayar apa yang perlu dibayarkan kalau dalam keadaan emergency. Mungkin anda kadang-kala terlepas pandang hal ini.

Itulah sedikit sebanyak penulis boleh kongsikan kepada anda cara berjimat cermat apabila dapat duit gaji dengan lebih berkesan. Ingat anda perlu simpan duit gaji anda, mungkin untuk belanjawan hari perkahwinan, kenduri dan sebagainya, Diharapkan informasi ini menjadi panduan kepada anda untuk menjadi seorang yang lebih berjimat cermat. Mulakan sekarang, tak rugi!

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment