≡ Menu




Cara Bibir Merah Semulajadi

cara merahkan bibir semulajadiPernahkah tak tengok orang yang tak pakai gincu tapi bibirnya tetap nampak merah? Hmm… lazimnya mereka-mereka yang dianugerahkan memiliki bibir merah ni ialah orang yang ada pigmen berkulit putih, tak seperti kebanyakan orang Asia yang berkulit sawo matang atau gelap.

Sebenarnya kalau difikirkan balik orang dulu-dulu tak pakai pun lipstick atau gincu nie tapi ada yang mempunyai bibir merah bugar kan. Rahsianya berkat amalan petua yang diwarisi sejak turun-temurun lah…

Petua Dapatkan Bibir Merah Semulajadi

Berikut merupakan petua atau cara2 mendapatkan bibir yang merah secara semulajadi

  • Setiap malam sebelum tidur, sapukan madu kat bibir.
  • Madu yang disapu tu eloknya dibiarkan semalaman.
  • Jangan dijilat apabila sudah meletakkan madu
  • Pabila bangun keesokan paginya barulah dibersihkan
  • Madu yang disapu tu dikatakan membantu menjaga kelembapan kulit bibir serta mengekalkan tekstur dan warna bibir agar ianya nampak sihat dan menawan.
  • Hasilnya tak akan nampak dengan serta-merta.
  • Jika diamalkan berterusan, lama-kelamaan bibir akan kelihatan senantiasa basah dan nampak kemerah-merahan dan lebih seksi

Petua Bibir Merah

Bagi anda yang susah nak untuk dapatkan madu, anda boleh dicuba kaedah alternatif ini.

  • Sapukan mentega atau marjerin pada bibir

Peringatan

Ada juga yang syorkan untuk sapu bibir dengan ubat gigi.  Selalunya bebudak sekolah suka cuba cara nie. che petua tak galakkan lah untuk pakai ubat gigi nie.  Sebabnya awalnya memang berkesan, tapi selepas dua tiga hari ada orang kata bibir dia jadi merekah dan kulit bibir pecah-pecah.  Ada pulak yang kata lepas jadi macam tu bibir nampak seakan hitam, lebih hitam dari sebelumnya…aduhai…

Petua Bibir Merah Bak Delima

Ok ini petua terkahir jika kalau yang kat atas tu masih tak jadi.  Tumbuk halia sampai lumat.  kemudiam tapis halia dan airnya dicampurkan dengan sebiji telur ayam kampung.  Amalkan minum air campuran nie setiap pagi.  Bibir yang selalunya pucat tu akan nampak seperti delima merekah!

ilmu petua:

petua bibir merah, petua merahkan bibir, bibir merah, tips bibir merah, petua memerahkan bibir

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment