≡ Menu




Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 Online

rayuan ke tingkatan 6Untuk adik-adik yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran untuk masuk ke tingkatan 6, anda tidak perlu risau kerana satu rayuan boleh dibuat jika permohonana pertama gagal. Semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan EnamBawah (Form 6) Sesi akademik 2016/ 2017 akan diumumkan pada 14 April 2016. Pada tahun lepas ianya telah diumumkan pada 15 April 2015 bermula jam 1201 pagi. Pendaftaran pelajar adalah pada 5 Mei 2015.

Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 dengan mengisi borang rayuan dan mengikuti panduan serta langkah-langkah berikut:-

rayuan ting 6

CARA BUAT RAYUAN KE TINGKATAN 6 TAHUN 2016

Kemasukan murid ke Tingkatan 6 tahun 2016 adalah secara tawaran oleh KPM dan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2015 boleh membuat semakan secara online di applikasi semakan bermula dari 14 April 2016.

Bagi mereka yang gagal, pelajar boleh merayu dengan merayu dengan mengikuti panduan di https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/ mulai 14 April 2016 sehingga 27 Mei 2016. Terdapat lima kategori rayuan Tingkatan 6 2016 dan sila klik link borang untuk memuat turun/ download borang.

NO JENIS RAYUAN TARIKH BUKA TARIKH TUTUP SYARAT JENIS BORANG TEMPAT HANTAR
1 Calon SPM 2015 yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 (Untuk kelonggaran syarat Koko) 14 APRIL 2016 27 MEI 2016 Jurusan Kemanusiaan : 13 hingga 16 Unit. Jurusan Sains – Tiada T6BKK ONLINE Salinan HARD COPY perlu dihantar ke Sekolah Pusat Tingkatan Enam
2 Kecuali Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Rayuan Umum. Menolak tawaran matrikulasi, IPTA, IPTS/ tiada penempatan/ Calon Kertas Julai Ulangan 2015/ cukup syarat tetapi tidak ditawarkan/ tercicir/ lain-lain
14 APRIL 2016 27 MEI 2016 Cukup syarat kemasukan : Kepujian BM, Lulus Sejarah dan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak lebih 12 T6BRU Sekolah Pusat Tingkatan 6
3 Calon persendirian dan swasta serta Sekolah Menengah Agama Negeri 14 APRIL 2016 27 MEI 2016 T6BCP Sekolah Pusat Tingkatan 6
4 Bukan Warganegara 14 APRIL 2016 12 MEI 2016 Rujuk Unit Perhubungan dan Pendaftaran
5 Tukar Jurusan 14 APRIL 2016 27 MEI 2016 T6BRTJ Sekolah

P/S : Dinasihatkan anda boleh memuat turun borang rayuan dan dokumen berikut sebagai panduan.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment