≡ Menu

Tarikh Bonus Kakitangan Kerajaan 2017

Tarikh bonus kakitangan kerajaan 2017 ok? Dapatkan update terkini mengenai tarikh pembayaran bonus bagi kakitangan pekerja kerajaan.

Mulai awal tahun 2017, kerajaan akan mula mengagihkan pembayaran bantuan khas bagi kakitangan kerajan sebanyak RM 500 manakala bagi pesara pula layak untuk menerima RM 250.

bonus kakitangan kerajaan

Pembayaran bantuan khas ini akan mula di lakukan pada awal tahun hadapan bagi menggantikan pemberian bonus setelah usaha pihak CUEPACS memohon dari pihak kerajaan bagi memberikan bayaran bonus tidak di luluskan.

Selain daripada itu, terdapat beberapa insentif lain yang bakal dinikmati para penjawat awam. Antaranya seperti:

1. Cuti belajar dengan pembayaran gaji secara penuh termasuk pemberian biasiswa bagi golongan pelaksana
2. Cuti kuarantin sebanyak 5 hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu di kuarantin
3. Kenaikan dalam had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam bermula dari RM 200,000 hingga RM 750,000
4. Mewujudkan Gred 56 dalam tangga jawatan kerajaan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar
5. Kerajaan ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016
6. Hampir 2,600 doktor yang tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital kini boleh jalani housemanship secara kontrak
7. Pautan Sumber Asal » mysumber.com
8. Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer diperluaskan meliputi pembelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap 3 tahun
9. Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000
10. Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000
11. Pegawai ‘contract of service & contract for service’ yang akan tamat hujung tahun ini, kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi

Selain itu, bagi yang tidak tergolong dalam kumpulan kakitangan kerajaan juga turut mendapat faedah dari belanjawan ini. Rakyat yang berpendapatan rendah pastinya tertunggu-tunggu tarikh bagi bayaran BR1M yang akan di berikan secara berperingkat.

Melalui belanjawan 2017 ini juga, kerajaan turut mengumumkan kenaikan jumlah bayaran BR1M yang bakal di nikmati oleh rakyat. Antara seperti:
1.BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih & berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan dari RM1,050 & RM1,000 kepada RM1,200.
2. BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 akan dinaikkan dari RM800 kepada RM900.
3. Bagi individu bujang berpendapatan bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan dari RM400 kepada RM450.
4. Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah & warga emas dengan peruntukan RM6.8 bilion.

Jika di lihat mengenai sejarah pmberian bantuan khas dan juga bonus kepada kakitangan kerajaan ini telah mula di lakukan bermula dari tahun 1993 sehingga kini yang mana bertujuan untuk mengurangkan bebanan kewangan yang terpaksa di hadapi oleh rakyat.

Namun, apakah bantuan seperti ini memberi kesan dalam membantu mereka menguruskan perbelanjaan seharian?

Tahun-Tahun dan Jenis Bantuan

2009 Bantuan Khas Kewangan RM500
2010 Bantuan Khas Kewangan RM1000
2011 Bonus 1 bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM1000)
2012 Bonus 1 setengah bulan gaji (kakitangan kerajaan – minima RM1500)
2013 Bantuan Khas Kewangan RM500
2014 Bayaran khas RM500
2015 Bayaran khas RM500
2016 B ayaran khas RM500
2017 Bayaran Khas RM500 dan RM250 (pesara kerajaan)

Kenaikan harga minyak, kadar tol dan yang terbaru adalah kenaikan kadar caj bagi rawatan hospital yang mana benar-benar memberikan impak kepada kehidupan rakyat.

Adakah berbaloi dengan pembayaran bantuan khas dan BR1M kepada rakyat dapat membantu dalam mengimbangi kewangan seharian mereka? Sejauh mana pihak kerajaan mentafsir beban yang di tanggung rakyat dengan kadar bantuan yang di beri?

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment