≡ Menu




Apa Beza Simpanan Shariah KWSP vs Konvensional KWSP

Apa Beza Simpanan Syariah KWSP vs Konvensional KWSP ? Dalam artikel ini kami menerangkan beza simpanan syariah dengan simpanan konvensional KWSP.

kwsp-simpanan-syariah

Anda tahu kini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menukarkan konsep daripada konvensional kepada simpanan shariah? Ia akan dikuatkuasakan bermula tahun depan berkemungkinan awal Januari 2017, di mana ahli KWSP akan mendapat caruman wang patuh shariah Islam.

Untuk pengetahuan, sebenarnya pendaftaran Simpanan Shariah telah bermula pada 8 Ogos 2016, dimana ahli perlu memilih untuk tukarkan kepada Simpanan Shariah sebelum 23 Disember 2016. Persoalannya, anda tahu apa perbezaan simpanan shariah dan konvensional?

Perbezaan Simpanan Syariah vs Simpanan Konvensional

Simpanan Syariah

● Terbuka kepada semua yang wajib dan layak mencarum tanpa mengira kaum, agama dan status warganegara.

● Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan Akad Wakalah.

● Berdasarkan prestasi sebenar pelabuhan patuh Shariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum.

● Diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS).

Simpanan Konvensional

● Terbuka kepada semua yang wajib dan layak mencarum tanpa mengira kaum, agama dan status warganegara.

● Tidak tertakluk kepada sebarang akad.

● Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelabuhan konvensional.

● Tidak tertakluk kepada perakuan Jawatankuasa Penasihat Shariah.

Jika anda ingin membuat pendaftaran Simpanan Shariah, anda perlu hadirkan diri ke mana-mana kaunter KWSP untuk membuat permohonan, jangan lupa bawa sekali MyKad atau Passport. Diharapkan dengan berfungsinya sistem simpanan KWSP kepada patuh shariah agar dapat menjaminkan wang caruman tanpa syak wasangka.

Semoga informasi ini memberi manfaat kepada anda semua khususnya kepada ahli KWSP yang mahu menukarkan simpanan mereka daripada konvensional kepada simpanan shariah.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment