≡ Menu




Beza Matrikulasi Dengan Asasi

Apa beza antara matrikulasi dengan asasi? Pasti pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung pelajaran tapi masih tidak faham dan keliru apa perbezaan antara diploma, asasi dan matrikulasi. Korang ingin tahu apa beza kedua-duanya. Untuk pengetahuan, Asasi atau Matrikulasi, kedua-duanya adalah pilihan popular di kalangan pelajar Malaysia selain Diploma dan STPM.

Perbezaan asasi dengan matrikulasi

Setiap tahun, ramai pelajar bimbang membuat pilihan kerana keputusan untuk Matrikulasi biasanya diumumkan lebih awal dibandingkan Asasi di Institusi Awam. Ini antara dilema yang terpaksa dilalui oleh pelajar untuk membuat keputusan.

Apa yang sering berlaku adalah kebanyakan pelajar memilih untuk tidak segera mengesahkan tawaran matrikulasi sehingga sangat dekat dengan tarikh tutup, dengan harapan untuk “bersabar” sehingga keputusan UPU Asasi keluar. Hakikatnya, menerima tawaran Matrikulasi tidak akan menjejaskan peluang kita untuk memasuki Asasi melalui UPU.

Beza Matrikulasi Dengan Asasi

Berikut dikongsikan adalah apa perbezaan antara matrikulasi dan asasi :-

Persamaan

● Matrikulasi dan Asasi adalah sukatan pelajaran yang sama.

● Kedua-duanya adalah fasa persediaan sebelum meneruskan ijazah.

Perbezaan

1. Belajar di mana

Asasi adalah program kursus asas yang ditawarkan oleh universiti-universiti tertentu seperti UiTM.

Manakala Matrikulasi adalah asas pengajian selama setahun atau dua tahun yang lebih umum di mana pelajar tidak terikat kepada mana-mana universiti tertentu.

2. Sambung universiti ke mana?

Pelajar Asasi yang mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran dan meraih prestasi yang baik mempunyai peluang lebih tinggi untuk diberi keutamaan untuk masuk ke mana-mana universiti.

Pelajar Matrikulasi pula yang cemerlang dalam gred 3.5 ke atas akan mempunyai peluang lebih cerah untuk melanjutkan ijazah di semua universiti yang tersenarai dalam UPU.

3. Aliran apa?

Pelajar matrikulasi dibahagikan kepada dua aliran utama iaitu Sains dan Perakaunan. Aliran Asasi menjurus kepada kursus tertentu. Contohnya Asasi Kejuruteraan di UM dan Asasi Farmasi di UIA.

Semoga informasi ini mengenai apa bezanya matrikulasi dengan asasi memudahkan para pelajar untuk membuat permohonan ketika mengisi UPU dan juga keputusan jika mendapat kedua-duanya sekali.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment