≡ Menu




Beza Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan Enam

Pernah anda tahu apa beza Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan Enam? Untuk pengetahuan anda, khususnya bagi pelajar yang baru menghabiskan pelajar di Tingkatan Lima. Mereka keliru hendak memilih sama ada Matrikulasi, Asasi atau Tingkatan 6 untuk menyambungkan pelajaran ke institusi pelajaran.

Memandangkan peperiksaan SPM 2016 pun telah habis dan hanya menunggu keputusan keluar. Anda juga disarankan untuk mula membuat kajian mengenai tempat yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Di sini, Government.my akan menerangkan mengenai beza matrikulasi, asasi dan tingkatan 6.

beza asasi dan matrikulasi

Beza Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan Enam

● Matrikulasi

  • Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lebih fokus kepada 3 jurusan pengajian, iaitu jurusan sains, jurusan perakauan, dan jurusan teknikal.
  • Jangka masa program ini terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun (2 semester) dan Program Dua Tahun (4 semester). 
  • Sijil lepasan matrikulasi tidak layak digunakan untuk memohon pekerjaan.
  • Sijil lepasan matrikulasi boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda mengikut bidang yang ingin diceburi dan kelayakan.

● Asasi

  • Program Asasi dikendalikan oleh universiti yang terpilih di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Mengambil masa antara setahun hingga dua tahun mengikut jurusan yang diambil.
  • Sukatan program lebih bersifat fokus kepada bidang jurusan yang akan diambil semasa program ijazah sarjana muda.
  • Antara universiti yang menyediakan program asasi adalah:
  1. Universiti Malaya
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  3. Universiti Teknologi Mara
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. Universiti Sains Islam Malaysia
  6. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Sijil lepasan asasi juga tidak layak untuk digunakan memohon pekerjaan.
  • Bagaimanapun, sijil tersebut boleh digunakan sekiranya ingin berpindah ke universiti pilihan anda mengikut jurusan yang telah diambil semasa program asasi.

iii. Tingkatan Enam

  • Terdapat dua aliran sahaja iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.
  • Tempoh pengajian adalah selama setahun enam bulan.
  • Sebanyak 22 mata pelajaran yang ditawarkan dalam sistem STPM. Namun hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang dipilih termasuklah mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.
  • Mata pelajaran MUET wajib diambil bagi menyambungkan pelajaran di Matrikulasi, Asasi mahu pun Tingkatan 6.
  • Sijil SPTM paling laku dan boleh digunakan untuk memohon pekerjaan.

Diharapkan informasi ini memberikan pengetahuan kepada pelajar lepasan SPM mengenai apa bezanya matrikulasi, asasi dan tingkatan 6. Semoga artikel ini dapat membantu anda lebih-lebih lagi yang telah menduduki SPM pada tahun ini agar dapat membuat pilihan bijak dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment