≡ Menu




Panduan Belajar Bahasa Inggeris Dengan Berkesan

Panduan belajar bahasa inggeris dengan berkesan ok? Anda mahu tahu teknik dan panduan belajar bahasa inggeris dengan effektif?

belajar-bahasa-inggeris

Pernah anda terfikir kita belajar Bahasa Inggeris bertahun-tahun mulai sekolah rendah sehingga sekolah menengah, tetapi tetap juga tidak mahir menguasai Bahasa Inggeris dengan baik? Apakah silapnya? Apakah sebabnya? Adakah kerana sikap kita yang ambil sambil lewa atau pun ia tidak dipraktik dengan betul.

Sebenarnya, kita boleh membaca bahan-bahan Bahasa Inggeris, tidak kiralah sama ada dalam akhbar, buku, novel atau majalah pun tapi apabila disuruh bercakap di hadapan orang, jadi gemuruh, rasa macam budak – budak, malu dan segan. Itulah hakikat yang dialami oleh orang kita masa kini.

Hari ini penggunaan BI sangat penting di dunia tidak kira di dalam atau di luar negara. Malah, kerajaan juga telah memartabatkan penggunaan BI di semua sektor kerajaan mahupun swasta. Tambahan sekarang ini, dalam seisi temuduga kerja pun sudah mula menggunakan BI sebagai medium untuk dibicarakan.

Sebenarnya, yang paling NYATA dan silapnya adalah cara pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan. Kita hanya diajar bahasa inggeris dengan tujuan untuk lulus peperiksaan sahaja. Lepas itu kita abaikan bahasa Inggeris. Untuk menguasai bahasa Inggeris dengan mudah dan betul, kita perlu tahu teknik – teknik dan panduan yang sebenarnya.

Panduan dan Petua Menguasai Bahasa Inggeris Dengan Mudah

Di sini government.my senaraikan kaedah-kaedah pembelajaran BI yang efektif dan tepat:

1) Jangan Malu Bertutur

Ini masalah utama terjadi orang kita? Kebanyakan orang yang tidak tahu atau kurang mahir dalam BI rasa malu dan segan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Merasakan diri mereka kurang berbanding orang lain. Sepatutnya sikap sebegini patut dihindari dan perlu diubah. Sebenarnya kita telah membuat kesilapan besar jikalau malu untuk bertutur dan belajar dalam BI. Jadi cara paling mudah, ubah sikap dan pemikiran kita mengenai hal ini.

2) Dekatkan diri kita dengan bahasa Inggeris.

Cara ini juga paling penting. Cuba kita mendekatkan diri terhadap Bahasa Inggeris. Maksudnya, semua aspek-aspek yang berkaitan BI perlu diambil berat dan dijadikan proses pembelajaran. Sebagai contoh, kita boleh melakukannya melalui pergaulan, pembacaan, media, hiburan dan lain-lain. Kita boleh menonton rancangan TV atau televisyen dalam Bi seperti National Geography, CNN News dan cuba untuk memahami pertuturan yang dituturkan dalam rancangan tersebut. Kita juga boleh membaca buku-buku, akhbar-akhbar, novel-novel Bi untuk kita mendekatkan diri kepada bahasa Inggeris. Seterusnya paling berkesan adalah bertutur dengan rakan kita dengan menggunakan BI.

3) Cari Mentor atau Guru

Kita jangan segan untuk menuntut ilmu dengan mentor atau guru. Ini cara yang paling berkesan untuk pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) adalah menuntut ilmu dengan guru atau pun cikgu. Ini kerana kita akan ditunjuk ajar dengan cara yang betul lebih-lebih lagi ketika bertutur dengannya. Malah, kita boleh terus bertanya kepada guru dan membuat latihan BI seberapa yang banyak.

Diharapkan perkongsian informasi ini mengenai teknik-teknik dan petua menguasai bahasa Inggeris dengan berkesan agar dapat membantu khusunya anak-anak muda kita untuk memahirkan bertutur dalam bahasa Inggeris.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment