≡ Menu

Bekerja Luar Negara Gaji Lebih Lumayan Mencecah Rm 18,700

Bekerja di luar negara ok? Pernah anda terfikir hendak bekerja di luar negara? Mesti anda terbayang kalau belajar pandai-pandai dan mendapat keputusan yang sangat membanggakan, berkemungkinan tinggi anda mendapat tawaran bekerja di luar negara, apa tindakan yang perlu dibuat sebelum berhijrah ke oversea.
bekerja di luar negara
 
Anda boleh bekerja di luar negara, dan pilih negara yang mempunyai kadar tukaran matawang asing yang lebih tinggi seperti US, UK, Europe, dan Singapore. Jenis pekerjaan pula boleh dipilih berdasarkan kelayakkan dan skill anda. Ada yang memilih untuk bekerja sebagai buruh, ada yang memilih sebagai golongan profesional seperti guru, accountant, dan lain-lain.
Sekadar perkongsian, gaji pemandu lori di US minima setahun ialah $51,000 (RM 224,400). Lumayan bukan? Maksudnya sebulan gaji pemandu lori di US adalah sebanyak Rm 18,700 sahaja dan ianya sangat lumayan. Di Malaysia ini, bukanlah tiada lagi jawatan kosong, tetapi jawatan yang ada gajinya tidaklah seberapa, kalau kerja buruh pula gajinya lagilah kecil.
Mesti gaji bekerja di luar negara sangat lumayan berbeza dibandingkan bekerja di dalam negara sendiri. Apa yang perlu anda lakukan jangan melulu untuk terus ke luar negara. Berikut beberapa tips jika anda bekerja di luar negara.

Tips Bekerja di Luar Negara


1. Visa
 
Apa yang perlu ada jika seseorang yang ingin berhijrah atau bekerja di luar negara? Jawapannya adalah Visa merupakan sebuah dokumen yang penting dikeluarkan oleh sesebuah negara bagi memberi keizinan kepada pelawat luar untuk masuk ke negara tersebut dalam tempoh waktu dan tujuan tertentu.
 
Tempoh visa adalah terhad, di mana anda tidak dibenarkan tinggal di negara tersebut sekiranya tempoh masa telah tamat. Jika anda bercadang bekerja di luar negara sudah pastinya anda merancang untuk tinggal lebih lama dari 3 bulan, so anda perlu adanya visa. Mudah saja anda hanya ke kedutaan negara dan mohon visa ke negara tersebut.
 
2. Permit Pekerjaan
 
Pernah anda tahu apa itu permit pekerjaan? Untuk pengetahuan anda, bahagian paling sukar adalah untuk mendapatkan permit pekerjaan. Sekiranya anda bekerja tanpa adanya permit pekerjaan, anda dikira melakukan kesalahan yang besar. Berkemungkinan anda boleh didenda, dipenjara atau dihantar balik ke negara asal.
 
Diberi dua pilihan sama ada anda sudah memiliki permit pekerjaan terlebih dahulu sebelum memohon bekerja di mana-mana syarikat atau mencuba nasib agar majikan menyediakan permit atau menawarkan pekerjaan terlebih dahulu kepada anda.
 
3. Permit Penduduk
 
Sekiranya anda memohon permit penduduk, terlebih dahulu anda perlu memiliki permit pekerjaan. Permit penduduk adalah kad pengesahan yang menyatakan anda adalah seseorang penduduk di negara tersebut. Kebiasaanya, permit ini diberikan untuk orang yang tinggal dan bekerja di sesebuah negara itu.
 
Semoga informasi ini sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda yang ingin bekerja di luar negara dan menetap di sana. Sila share supaya informasi ini dapat diketahui oleh orang ramai di luar sana yang mungkin berminat untuk bekerja di luar negara. 

Leave a comment

{ 1 comment… add one }

Leave a Comment