≡ Menu




Bahaya Bila Tidur Berdengkur Dan Cara Mencegahnya

dengkur

Ramai diantara kita yang mengalami penyakit berdengkur semasa tidur, ia diibaratkan seperti alunan, nyanyian dengna nada sumabng yang menganggu tidur orang lain. Itulah satu perumpamaan digunakan oleh mereka yang terganggu dengan dengkuran tersebut.

Adakah anda sering mengalami dengkuran ketika tidur pada waktu malam?

Keadaan tersebut menyebabkan waktu tidur terganggu akibat selalu terjaga secara mengejut dan kadang-kadang mengalami sesak nafas

Tambahan, situasi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada anda, malahan ahli keluarga terdekat juga turut terganggu dengan bunyi dengkuran tersebut kerana bunyinya yang kuat dan adakalanya membingitkan telinga yang mendengar

Jika anda sedang mengalami situasi seperti di atas kemungkinan anda mengalami Obstructive Sleep Apne (OSA)

Bagi kanak-kanak pula, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid (daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung)

Berdasarkan kajian, sebanyak 80 peratus individu yang menghidap masalah ini tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit tersebut dan menyebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan untuk merawatnya

Menurut pakar perubatan, tidur berdengkur berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur beberapa saat

Bagaimanapun, masalah tidur berdengkur tidak seharusnya dipandang ringan kerana jika berlarutan, ia petanda seseorang itu terdedah penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes

punca

Kebiasaannya, mereka yang mengalami gangguan tidur berdengkur ini juga adalah dalam kalangan pekerja yang bekerja secara shif, gemar menonton television sehingga lewat malam, kesan pengambilan dan ketagihan ubat-ubatan.

P/S : Dengkur tak dapat lari kalau badan sangat penat.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment