≡ Menu

5 Zoo dan Akuarium Terbaik Di Malaysia Wajib Dilawati

Kalau selain pantai, muzium dan taman tema air? Tempat apa lagi yang menjadi pilihan oleh pelancong untuk dilawati? Di Malaysia terdapat banyak Zoo dan Akuarium yang menarik untuk dikunjungi bersama ahli keluarga.

5 Zoo dan Akuarium Terbaik Di Malaysia Wajib Dilawati

Bagi anda yang ingin mencari tempat pembelajaran untuk anak-anak anda bagi mengenali lebih dekat haiwan-haiwan ini secara lebih dekat, Zoo dan Akuarium adalah tempat yang sesuai untuk dijadikan panduan dan kesenorokan.


5 Zoo dan Akuarium Terbaik Di Malaysia Wajib Dilawati

1. Zoo Negara

Zoo Negara Kuala Lumpur merupakan zoo yang paling popular di Malaysia yang terletak di Ulu Klang, Gombak, Selangor. Ia adalah zoo paling besar dan mempunyai haiwan sejumlah 5137 dengan 459 spesies. Zoo Negara ini juga menempatkan ratusan haiwan dalam dan luar negara. Antara yang popular disini adalah panda, penguin, Orang Utan, harimau bintang, beruang, ikan lumba-lumba, singa dan banyak lagi.

2. Zoo Taiping & Night Safari

Zoo Taiping terletak di Taiping berhampiran dengan Taman Tasik Taiping yang cukup popular masa sekarang. Zoo Taiping ini merupakan zoo paling tertua di Malaysia yang telah dibina pada tahun 1961. Zoo ini juga menempatkan lebih 1,300 ekor haiwan daripada 180 spesis. Aktiviti night safari juga ada pada setiap hari dan merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila melihat haiwan yang aktif pada waktu malam secara dekat.

3. Zoo Melaka & Night Safari

Zoo Melaka terletak di Ayer Keroh, Melaka dan merupakan antara tarikan pelancongan yang ada di Negeri Melaka. Zoo ini juga menyediakan lebih 1200 haiwan dengan 215 spesies di sini. Zoo Melaka adalah zoo kedua terbesar di Malaysa di belakang Zoo Negara, di mana antara tarikan di Zoo Melaka ini adalah aktiviti Night Safari pada setiap hujung minggu.

4. Aquaria KLCC

Aquaria KLCC merupakan satu tempat pelancongan yang wajib dilawati di Malaysia yang terletak di KLCC Kuala Lumpur. Aquaria KLCC juga pernah dinobatkan sebagai salah satu aquarium yang terbaik di Asia. Banyak spesis ikan laut termasuk jerung yang ada dalam koleksi ikan-ikan disini. Jika anda mempunyai lesen menyelam, anda juga berpeluang berenang bersama ikan jerung disini.

5. Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi merupakan akuaria yang menempatkan hidupan laut dan air tawar yang paling besar di Asia Tenggara. Antara haiwan yang ada di sini adalah African Penguin, Rockhopper penguin, Singa Laut dan banyak lagi. Dengan lebih 500,000 liter air laut di dalam akuaria ini serta mampu untuk menempatkan ribuan jenis ikan-ikan besar dan kecil daripada pelbagai spesis dalam dan luar negara menjadikan akuaria ini antara tempat popular di Langkawi dan seringkali dikunjungi oleh pelancong dari luar.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment