≡ Menu

5 Tempat Menarik Di Putrajaya Untuk Dilawati

Pernah anda bercuti di Putrajaya? Apa tempat menarik yang ada di Putrajaya? Putrajaya merupakan sebuah bandar terancang yang terletak kira-kira 25km ke selatan Kuala Lumpur dan dibina sebagai pusat pentadbiran kerajaan Malasia. Siapa sangka dahulunya kawasan ini hanyalah belukar kini mempunyai banyak tempat menarik di Putrajaya yang popular dalam kalangan warga tempatan dan pelancong luar.

 Tempat Menarik Di Putrajaya Untuk Dilawati

Saban tahun pasti ada sahaja aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan disini untuk menarik perhatian pelancong. Antaranya adalah seperti Festival Floria, belon air panas, Pesta lampu dan banyak lagi.

Tempat Menarik Di Putrajaya

Jom kita ketahui beberapa tarikan pelancongan yang menarik di putrajaya untuk dilawati dan sering menjadi pilihan pelancong. Berikut adalah seperti :-

1. Masjid Putra Putrajaya

Masjid Putra Putrajaya merupakan mercu tanda utama bandar Putrajaya yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Perdana Menteri. Masjid ini dikelilingi oleh tasik yang besar ditambah lagi pemandangan yang sangat cantik kepada masjid ini. Kalau anda kesini jangan lupa singgah dan solat di Masjid ini.

Masjid ini juga mempunyai akses bawah tanah dari beberapa lokasi di Putrajaya untuk memberi kemudahan kepada kakitangan kerajaan yang bekerja di sekitarnya. Laluan bawah tanah ini hanya akan dibuka pada hari Jumaat ketika solat jumaat.

2. Taman Botani Putrajaya

Taman Botani Putrajaya merupakan sebuah taman botani buatan manusia yang menempatkan ribuan spesis tumbuhan dalam dan luar negara. Taman Botani Putrajaya ini merupakan salah satu tempat menarik di Putrajaya yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga melihat keindahan pokok-pokok dan bunga secara lebih dekat.


Taman Botani ini terbahagi kepada 3 bahagian dan anda boleh menyewa basikal disini atau menaiki tram untuk mengelilingi taman ini. Antara pokok-pokok yang menjadi tarikan disini adalah di “Floral Garden” dimana disini menempatkan pelbagai jenis bunga-bungaan dari seluruh pelusuk dunia.

3. Jambatan Putrajaya

 jambatan putrajaya

Jika ke Putrajaya tidak sah jika anda tidak melalui Jambatan Putrajaya ini. Kalau tidak mana nak sampai ke Putrajaya. Jambatan yang sangat unik sepanjang 430 ini merupakan salah satu mercu atau ikon utama bandar Putrajaya. Banyak syarikat produksi yang menjadikan jambatan ini sebagai lokasi salah satu babak dalam filem.


Selain dari itu jambatan ini juga sering dijadikan sebagai tempat untuk latarbelakang gambar perkahwinan. Pada waktu malam pula, anda boleh lihat jambatan ini dari jauh kerana sinaran lampu neon yang menghiasi jambatan ini. Jambatan Putrajaya sememangnya salah satu tempat menarik di Putrajaya di waktu malam untuk dilawati bagi sesi foto sebagai kenang-kenangan.

4. Taman Wetland Putrajaya

Taman Wetland Putrajaya adalah satu tempat menarik di Putrajaya untuk dilawati sekiranya anda seorang pencinta kepada alam semulajadi dan hidupan ekosistem. Taman ini merupakan sebuah taman di mana anda boleh berjalan kaki atau menyewa basikal untuk mengelilingi sekitarnya sambil melihat burung dan ikan di tasik.

Taman ini juga merupakan satu destinasi yang sesuai untuk anda habiskan masa petang dan berkelah bersama ahli keluarga. Salah satu tempat yang boleh menenangkan jiwa dengan kesibukan kerja di bandar. Antara aktiviti petang yang boleh anda lakukan disini adalah berjogging, menaiki bot, berbasikal atau makan bersama keluarga kerana disini mempunyai restoran.

5. Tasik Putrajaya

 tasik putrajaya

Tasik Putrajaya adalah antara tarikan yang seringkali dikunjungi oleh warga tempatan ke Putrajaya. Untuk pengetahuan anda, Putrajaya juga dikenali dengan jolokan nama “City In The Garden” atau “Bandar Di Dalam Taman” kerana bandar Putrajaya dikelilingi dengan banyak pokok serta tasik buatan manusia.

Anda juga boleh menaiki bot atau cruise untuk mengelilingi bandar ini. Sebagai rakyat Malaysia, anda pasti kagum dengan keindahan banggunan-banggunan kerajaan yang mempunyai senibina yang unik dan cantik serta dikelilingi dengan alam semulajadi ini.

Perjalanan menaiki bot ini mengambil masa lebih kurang 45 minit mengelilingi Masjid Putra, Monumen Millenium, Istana Darul Ehsan, banggunan kementerian, Jambatan Putrajaya dan Jambatan Putra. Pakej harga pula adalah sebanyak RM30 seorang (dewasa) dan untuk kanak-kanak RM20 untuk pemegang kad MyKad dan RM50 (dewasa) dan kanak-kanak RM35 untuk pelancong luar negara. Untuk makluman lanjut anda boleh layari laman web rasmi Cruise Tasik Putrajaya.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment