≡ Menu




5 Tempat Menarik Di Brunei Darussalam Untuk Dilawati

Pernah anda melancong atau bekerja di Brunei Darul Salam? Brunei Darul Salam merupakan negara yang terletak bersempadan dengan Negeri Sabah dan merupakan negara yang majoritinya beragama Islam dan kini mengamalkan hukum hudud sebagai sistem perundangan negara.

 Tempat Menarik Di Brunei Darussalam Untuk Dilawati

Tidak dinafikan lagi, Negara Brunei mempunyai tarikan kebudayaan dan kesenian yang sangat tinggi menjadikan negara ini seringkali menerima kedatangan pelancong dari dalam negara jiran.

5 Tempat Menarik Di Brunei

Dibawah ini Government.my senaraikan tempat menarik di Brunei sebagai rujukan anda jika anda bercadang nak bercuti ke Brunei :

1. Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah

Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah terletak di Bandar Seri Begawan merupakan masjid yang terbesar di Brunei. Ia dibina bagi memperingati hari ulang tahun ke-25 pemerintahan sultan Brunei yang turut dikenali oleh orang tempatan sebagai Masjid Kiarong kerana ianya terletak di Kampung Kiarong.

Senibina masjid ini sangat mengkagumkan dan unik bagi sesiapa yang melihatnya sama ada dari jauh ataupun dekat lebih-lebih lagi di bahagian dalamnya. Kompleks bangunan masjid ini terdiri daripada 29 kubah keemasan dan jika anda kesini, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri keindahan masjid ini bersinar keemasan pada waktu malam.

2. Taman Tema Jerudong

Sekiranya anda bercuti ke Negara Brunei bersama keluarga, salah satu tempat menarik yang wajib dilawati adalah Taman Tema Jerudong. Taman Tema Jerudong ini sangat popular dalam kalangan pelancong tempatan dan juga luar negara mempunyai beberapa bahagian untuk permainan seperti bumper car, ferris wheel, go kart, roller coaster dan beberapa lagi permainan lain seperti laser maze, mini golf dan banyak lagi.

3. Masjid Omar Ali Saifuddin

Selain dari Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Masjid Omar Ali Saifuddin juga merupakan masjid yang menjadi tarikan pelancongan di Negara Brunei kerana keindahan senibina dan landskapnya yang dikelilingi dengan air.

Lokasi masjid ini yang berdepan dengan sebuah laguna air berwarna biru membuatkan Masjid Omar Ali Saifuddin ini kelihatan seperti terapung. Pasti membuatkan anda rasa terpegun dengan keindahan pemandangn masjid tersebut. Jika pada waktu malam, suasana masjid ini lebih menyerlah dengan sinaran lampu berwarna warni di sekeliling dan lagun air.

4. Pantai Serasa

Pantai Serasa merupakan satu pantai rekreasi yang popular di Brunei. Dek kerana kawasan Pantai Serasa ini senantiasa terjaga dan dibersihkan setiap kali selepas air pasang. Pantai ini lebih kepada tempat untuk bersantai dan mengambil angin di tepi pantai. Jika anda datang ke sini pada waktu petang, anda boleh berkelah sambil melihat keindahan pantai sambil menikmati matahari terbenam.

Anda juga perlu berhati-hati kerana di pantai ini terdapat buaya air masin. Malah anda boleh melihat ada beberapa tanda amaran di tepi pantai mengenai haiwan reptilia ini.

5. Muzium Alat Kebesaran Diraja

Kalau dah sampai di Brunei, jangan tak singgah pula di Muzium Alat Kebesaran Diraja. Muzium ini tidaklah terlalu besar namun ia menyimpan pelbagai khazanah-khazanah yang sangat mewah dan tidak terhingga nilainya. Muzium ini turut mempamerkan beberapa jenis khazanah yang ada di sini antaranya ialah alat kebesaran diraja dan juga hadiah-hadiah dari luar kepada kerajaan Negara Brunei.

Jika anda berminat dengan artifak kerajaan seperti emas, kristal, jed, mahkota diraja dan ufti-ufti berharga, muzium ini memang satu-satunya tempat yang wajib anda lawati jika ke Brunei. Kemasukan ke muzium ini adalah percuma.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment