≡ Menu




5 Taman Tema Air Popular Di Malaysia

Taman tema air apa yang menarik di Malaysia?Selain daripada pulau-pulau dan pantai di Malaysia yang seringkali menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara, Malaysia juga tidak ketinggalan mempunyai banyak taman tema air yang semenangnya popular di kalangan penduduk tempatan.

5 Taman Tema Air Di Malaysia

5 Taman Tema Air Di Malaysia

Berikut dikongsikan adalah antara taman tema air yang ada di Malaysia untuk dilawati :-

1. Sunway Lagoon

Sunway Lagoon telah sinonim dalam kalangan orang tempatan merupakan taman tema air yang sangat popular dan terbaik di Malaysia yang terletak di Subang Jaya Selangor. Sunway Lagoon mempunyai tarikan permainan yang menarik sesuai buat kanak-kanak termasuk juga dewasa. Sunway Lagoon juga pernah dianugerahkan sebagai taman tema air yang keempat terbaik di Asia oleh TripAdvisor pada tahun 2015.

2. Wet World Shah Alam

Selain itu juga, Wet World Shah Alam merupakan taman tema air yang berkonsepkan alam sekitar dan tarikan utama disini adalah gelongsor air yang panjangnya berukuran 205 meter (Monsoon Buster Adventure) dan juga gelongan air gergasi yang dikenali sebagai Super Hurricane. Memang rugi kalau korang datang ke sini tak cuba permainan ini.

3. Gambang Water Park

Gambang Water Park merupakan taman tema air yang terletak di Bukit Gambang Kuantan, Pahang. Gambang Water Park mempunyai beberapa permainan gelonsor yang esktrem sesuai untuk golongan dewasa. Selain dari itu juga kemudahan dan prasarana disini lebih terjaga dan permainan untuk kanak-kanak juga banyak.

4. A Famosa Resort Water World

A Famosa Resort Water World merupakan sebahagian daripada 3 taman tema yang ada di A Famosa Resort dan taman tema air ini merupakan yang terbesar di Malaysia serta mempunyai pelbagai jenis permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak.

5. Lost World Of Tambun

Lost World Of Tambun adalah satu taman tema yang popular di Ipoh, perak kerana ia sangat unik dan dikelilingi oleh hutan hujan tropika, tasik dan bukit batu kapur yang berusia jutaan tahun. Disini terdapat pelbagai gelongsor air yang menarik untuk dimain oleh kanak-kanak.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment